Ini tentang Isu kes yang aku bentang dalam kelas. Note yg aku bg mybe x se"detail" ni tntang kes, so, korang boleh rujuk sini k,

1. Commissioner for Religious Affair Terengganu VS Tengku Mariam [1970] 1 MLJ 222.
Isu kes : Pengesahan Tanah Wakaf
Rujukan Terdahulu : Abul Fata Mohamed Ishak lwn. Rusomoy Dhur Chowdry (1894 Indian Appeals 76)
Penghakiman Hakim : Wakaf itu telah batal sejak dari mula lagi.

2. Maj. Ugama Islam P.Pinang VS Shaik Zolkaffily bin Shaik Natar & Ors.
Isu kes : Status tanah wakaf @ tanah Wasiat.
Rujukan kes terdahulu : MUIPP lwn Isa Abdul Rahman & satu yang Lain
Penghakiman Hakim : Mahkamah Syariah x de bdang kuasa untk keluarkan injuksi & x de kuasa utk mmbicarakan isu wasiat.

3. Sahul Hamid & seorang lagi VS Mj. Agama Islam N.Sembilan [1995] 70 JH 156.
Isu kes : Hak pemilikan tanah masjid
Penghakiman Hakim : Mnyatakan bhawa, status masjid mrupakan harta wakaf
Statut terlibat : Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (N.9) 1991.

4. Isa bin Abdul Rahman & orang lain VS Mj. Agama Islam P.Pinang [1992] 2 MLJ 244.
Isu Kes : Merobohkan Masjid di Atas Tanah Wakaf
Penghakiman Hakim : Dirujuk Kepada Majlis Fatwa Kebangsaan
Statut terlibat : Enakmen Undang-Undang Islam 1959

5. Haji Embong Bin Ibrahim & Anor VS Tengku Nik Maimunah Bt. Almarhum Sultan Zainal Abidin
Isu Kes : Pembatalan Harta wakaf
Penghakiman Hakim : Harta Wakaf Terbatal Sepenuhnya.
Statut Terlibat : Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Terengganu (Seksyen 61).
Rujukan Lain : Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003. Seksyen 91 (1)

6. Abdul Rahman & Anor VS Majlis Ugama Islam P.Pinang
Isu Kes : Pembinaan Bank di Masjid yg berada di tanah wakaf
Penghakiman hakim : -
(Hakim mahkamah sivil menolak kes ini kerana mengakui kurangnya ilmu yang cukup tentang undang-undang wakaf islam.)

Rujukan
: Harta Amanah Orang Islam (Siti Mashitoh Mahamood)


















: Undang-undang & Pentadbiran Pusaka, Wasiat & Wakaf Orang Islam Di Malaysia

p/s: isu wakaf turut tisebut dalam bajet 2010 perkara 126.
Pembangunan Hartanah Wakaf

126. Kerajaan akan membangunkan hartanah wakaf di seluruh negara bagi tujuan khairat dan amal jariah. Untuk ini, Yayasan Waqaf Malaysia akan melaksanakan program pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan ummah terutamanya projek kecil berbentuk ekonomi yang berimpak besar kepada masyarakat. Fokus utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan tegar serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam. Antara projek yang dirancang adalah membina kedai wakaf rakyat di kawasan masjid terpilih dan bazar peniaga kecil untuk orang ramai, termasuk golongan asnaf. Sebagai permulaan, bagi menjayakan inisiatif yang penuh barakah ini, sejumlah 20 juta ringgit akan disediakan.

thank you..
[Muhammad Husainie DSPI A]


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang ku anggap budiman. waktu ini Hus kat CC coz baru pas abis kelas BI. pastu dibeitahu pulak, bhwa kelas undang2 ptg ni canceled. wahaha... seronok2. tadi rancang nak balik, tapi, tunggu Naim lame sgt pulangkan my kunci mtor, trus hujan lebat turun mencurah2. so terbantutlah hajat hatiku ni nak balik bilik, ops!!. pembetulan, Rumah (ni lah spesis makhluk riak dpt dduk apartment). Untuk tidak membuang masa, Hus lepak2 ar kat CC nie. sebelum Hus masuk jer cc ni, dah ada sorang mamat hensem (hensem ar sgat hahaha) dari Chad terpijak kasut ana. Dia wat dek jer, tapi no hal ar, Hus kan baik orangnya.. so, terdetik la hati nak story pasal warga2 istimewa ni.

Melihat diowang berpusu-pusu masuk sini (my kolej), sangkaan awalku kirenye tempat Hus study ni hebat gak ar. International student tu beb.. Mereka ni mengharmonikan kontra di kolej hus ni. kontra ape?? lu pikir la sendiri. Hus x berniat pon nak buruk2 kan diowang ni. mereka ni pon saudara se-islam kita gak. Tapi, mungkin disebabkan peel mereka ni mnyebabkan status mereka dipertikaikan. Baru2 ni, kecoh pasal isu warga Afrika yang makin melambak di Malaysia. Pastu terdengarlah macam2 story pasal mereka ni. Pukul orang tempatan lah, Mabuk lah, Jadi samseng lah, dll. memang sekarang ni ngah hangat isu pasal warga2 Afrika ni. Hus x sangkal yang diantara mereka ada yang baik, peramah dan rendah diri. tapi tu lah, pepatah melayu ada cakap, "ibarat nila setitik, habis susu sebelanga" "kerbau bawa lumpur, habis terpalit semua".. pepatah mereka hus x kaji pulak. hahaha..

Hus kesian ar tengok orang2 tempatan dibelasah oleh warga2 ni, apesal la kejam sangat diowang ni. ish3x... mula2 dulu, Hus pon bengang gak ngan warga2 berkulit gelap di tempat Hus belajar ni. Sombong. paling x syok apabila komputer2 di CC yg smart2 dimonopoli oleh warga2 ni. Sakit ati gak ar. Siap boleh wat system Q. Klu sorang warga diowang sedang guna komputer tu, x yah la kita orang tempatan ni nai try guna plak. coz dibelakangnya ramai lagi orang2 seangkatan dengannya sedang menanti Q. hahaha, begitulah ceritanya.

lagi 1 kes, Hus ade perasan gak, bile diowang g kelas ea?? mungkin Hus x perasan kot. huhu sory k klu Hus silap. x kurang gak ngan masalah pemakaian mereka. g kelas pakai selipar n seluar jeans. wah3x... Kolej bapak diowang ke?? Hus rase, etika pemakaian kat sini umum dah mngtahui. Begitu jugak ngan student pmp nye. Pernah ar 1 ketika, time tu lokasinya di Cafe Hana, Hus dan 2 orang lagi kawan sedang hi tea. pastu nampak ar prempuan warga afrika ni xcited lalu tepi kami untuk ke kaunter, sampai je kat kaunter (time tu x de orang). cara dia panggil pekerja2 tu dengan menghempas2 loceng atas kaunter tu. waduh2x kok kasar banget sih, n then, mase pekerja cafe tu ngah kira harga mknan dia (blum sempat abis kira lg) dia dah campak not kertas merah (bahasa novel bagi RM10). Lagi kuang ajar.

Rasanya, kenapa diowang tu sering brsikap kasar sgt ar??
Hus rasa lah kan, mungkin mereka ni masih terikut2 perangai azali di negara mereka. X boleh la mcm tu minah oi. Walaupon diowang masih menjaga status kenegaraan Afrika tu, skurang2 nya, hormatilah keadaan di Malaysia tanah tumpah darahku ni. Dulu Hus ada blajar 1 peribahasa, "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguek". so, klu masuk kandang harimau??? hahaha.. tu gila namanya.

Baiklah, Hus pun dah nak out ni. lapar plak perut. tengah hari tadi bajet nak On Diet, tapi, hampeh.... Lagi pon ptg ni ada meeting plak, so, kita tangguh slot kita ni ngan tasbih kaffarah n surah Wal-A'sr.
jom sama-sama baca:
Subhanakallahummawabihamdika A'shaduallailahailla anta astaghfiruka waatubuilaik..
surah tu baca sendiri k,
chau ci chau....

note: nampak manje ar penggunaan istilah "Hus" menggantikan "Aku". hahaha



kata mak...KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......
kata abah..KAWAN tu umpama bunga ros,dipndang cantik dipgg sakit...
kata atuk...KAWAN tu seperti air,terus mengalir.....
kata nenek..KAWAN tu bak bulan,dipuja & disnjung tp nun jauh disana...
kate sedare...KAWAN tu mcm makanan,kawan makan kawan !!
kata abang...KAWAN tu seperti lembu,mengikut saje ape dikata.........
kata akak..KAWAN tu tak ubah mcm durian,bau je busuk tp sdap dimkn...
kata adik..KAWAN tu macam biskut,sekejap ade sekejap takde........

kata aku,
ka wan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
Lagi..



walau jahat mane pon dia...buruk mane pon dia....
ape2 la yang kurang tentang dia..
dia tetap kawan ....
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia tetap kawan aku...
itu cara aku berkawan ..!!

walaupun kita mempunyai kekasih, tapi
teman tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,
teman tetap paling berharga.

Betol x???


hahaha.. kini aku mlangkah 1 tapak lagi untuk mmberanikan diri menjadi Blogger. mungkin sekadar suka2 atau nak jadikan hobi masa lapang.
setakat ni, tak ade ape sangat aku nk wadahkan. mungkin lepas ni, aku akan mula berkata sesuatu mengikut apa yang terlintas di otak aku ni,
hahaha...
see u soon


Social Share!

Get Social Share 2.0!