Ini tentang Isu kes yang aku bentang dalam kelas. Note yg aku bg mybe x se"detail" ni tntang kes, so, korang boleh rujuk sini k,

1. Commissioner for Religious Affair Terengganu VS Tengku Mariam [1970] 1 MLJ 222.
Isu kes : Pengesahan Tanah Wakaf
Rujukan Terdahulu : Abul Fata Mohamed Ishak lwn. Rusomoy Dhur Chowdry (1894 Indian Appeals 76)
Penghakiman Hakim : Wakaf itu telah batal sejak dari mula lagi.

2. Maj. Ugama Islam P.Pinang VS Shaik Zolkaffily bin Shaik Natar & Ors.
Isu kes : Status tanah wakaf @ tanah Wasiat.
Rujukan kes terdahulu : MUIPP lwn Isa Abdul Rahman & satu yang Lain
Penghakiman Hakim : Mahkamah Syariah x de bdang kuasa untk keluarkan injuksi & x de kuasa utk mmbicarakan isu wasiat.

3. Sahul Hamid & seorang lagi VS Mj. Agama Islam N.Sembilan [1995] 70 JH 156.
Isu kes : Hak pemilikan tanah masjid
Penghakiman Hakim : Mnyatakan bhawa, status masjid mrupakan harta wakaf
Statut terlibat : Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (N.9) 1991.

4. Isa bin Abdul Rahman & orang lain VS Mj. Agama Islam P.Pinang [1992] 2 MLJ 244.
Isu Kes : Merobohkan Masjid di Atas Tanah Wakaf
Penghakiman Hakim : Dirujuk Kepada Majlis Fatwa Kebangsaan
Statut terlibat : Enakmen Undang-Undang Islam 1959

5. Haji Embong Bin Ibrahim & Anor VS Tengku Nik Maimunah Bt. Almarhum Sultan Zainal Abidin
Isu Kes : Pembatalan Harta wakaf
Penghakiman Hakim : Harta Wakaf Terbatal Sepenuhnya.
Statut Terlibat : Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Terengganu (Seksyen 61).
Rujukan Lain : Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003. Seksyen 91 (1)

6. Abdul Rahman & Anor VS Majlis Ugama Islam P.Pinang
Isu Kes : Pembinaan Bank di Masjid yg berada di tanah wakaf
Penghakiman hakim : -
(Hakim mahkamah sivil menolak kes ini kerana mengakui kurangnya ilmu yang cukup tentang undang-undang wakaf islam.)

Rujukan
: Harta Amanah Orang Islam (Siti Mashitoh Mahamood)


















: Undang-undang & Pentadbiran Pusaka, Wasiat & Wakaf Orang Islam Di Malaysia

p/s: isu wakaf turut tisebut dalam bajet 2010 perkara 126.
Pembangunan Hartanah Wakaf

126. Kerajaan akan membangunkan hartanah wakaf di seluruh negara bagi tujuan khairat dan amal jariah. Untuk ini, Yayasan Waqaf Malaysia akan melaksanakan program pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan ummah terutamanya projek kecil berbentuk ekonomi yang berimpak besar kepada masyarakat. Fokus utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan tegar serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam. Antara projek yang dirancang adalah membina kedai wakaf rakyat di kawasan masjid terpilih dan bazar peniaga kecil untuk orang ramai, termasuk golongan asnaf. Sebagai permulaan, bagi menjayakan inisiatif yang penuh barakah ini, sejumlah 20 juta ringgit akan disediakan.

thank you..
[Muhammad Husainie DSPI A]


0 Si Pembebel to "Senarai Semak Kes Wakaf"

Social Share!

Get Social Share 2.0!