aku nak share sedikit ilmu yg aku dpat tuk bacaan korang. andai ade yg tersalah, boleh tegur n diperbetulkan. hhahahaha

ilmu yg aku nak share ni simple2 jer. tapi ade yg x tau. sedih giler ar. n aku hrap, kpd sesiapa yg rase dia x tau, sila ambik tau k,

dalam bulan pose ni, 1st aku nak ajar cara bacaan niat puasa yang betul. bace elok2. tajwid jaga er.


Lafaz niat puasa untuk 1 hari

Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa untuk Sebulan:

Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Penjelasan niat sebulan menurut Ulamak :
Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.



ok, tu doa untuk berpuasa. dan jgn lupe pulak ketika berbuka. jgn nak main sebat je makanan kat atas meja tu (bg yg mkn atas meja). baca doa dulu. baru la dapat keberkatan makanan tu dan puasa lebih sempurna.. =)

Doa berbuka untuk seorang :
Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa'alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa berbuka untuk berjemaah / sekeluarga / beramai ramai :

Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kami dengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Nota Kaki : akan dtg, tips semasa ramadhan k, tungguuuuu!!!


0 Si Pembebel to "Nak share ilmu sikit.."

Social Share!

Get Social Share 2.0!