Salam Semua.. Tajuk dah mcm 18SX an. haha.. post kali ni x la lucah mana. sekadar bayangan jer.. kira 12SX la. haha..
Malam ni memang bosan. dengan bunyi anak2 buah memekak, ade yang menjerit, maen lari2. aduhai... kusut jadinya.

Pastu Strept Merajinkan diri bukak MukaBuku "FaceBook". tengah2 best story mory dalam FB tu, teringin plak Strept menjengah ke laman sosial yang membolehkan kita chatting ngan sesapa juga samaada kenal atau x.

Strept mula dikenalkan dgn laman chat ni masa sem lepas (Out Dated. haha) oleh Naim Nor Alim (sory aku jual nama penuh kau) hahaha..
Masa tu tengah lepak kat McD Bangi ngan OAB (Orang Asli Bangi). Naim kenalkan Strept ngan bnd alah ni.. dulu masa zaman2 kanak2 sekolah, Strept penah gak dengar pasal chat ni. kira dah lama la laman ni ditubuhkan.
Tapi dulu zaman Buta IT. setakat On Microsoft tu boleh la.. online2 ni jarang sangat2..

Masa Mula2 On chat ni, rasa mcm best gak. ye la.. ramai Gurl yg ajak sembang2.. Masa tu slalu guna nick Budak_Baik. Nerd giler arh. haha.. sebelum tu Strept guna nick Akiera @ Strept Akiera. tapi malangnya ramai org ingat female. so Strept tukar la.. (mngelakkan kecelaruan) hihi

Dah lama2 tu, rasa bengang pon ada, menyampah pon ade, jijik pon ade. Bak kata pepatah, x kenal maka x cinta. so sekarang dah kenal dan makin menyampah.

92% chatter dalam tu hanya mahu bersembang pasal SEKS. pantang lepa sikit, ade je ayat2 berunsur seks keluar. ingatkan x de la perempuan yg mcm tu, rupanya sangkaan Strept meleset. sehingga ada Wanita/Perempuan yg menawarkan seks PERCUMA kpd Strept. aduh.. x pasal2 dapat HIV nnt. hahaha.. x mo2..

Begitu murah maruah diberikan kpd yg bukan hak. hanya dengan 1 pelawaan, maruah tergadai.

Tapi ada gak yg OK, malangnya, yg OK tu sikit amat.. haish..
Strept sempat la snap2 nick kat ruangan chat tu, mcm2 nama. yg baik, yg buruk, yg jijik, yg lucah, semua ada, pilih jer nk yg mana. hahaha..








Mana2 yg kene "hide" tu adalah yg melampaui batas.. so kene tutup2 mana yg patut.

Kadang2 laman ni digunakan utk melempias nafsu gak. (ni story dr sorang kwn Strept)
Caranya senang tapi sukar diaplikasi. nafsu dirangsang dgn imagination. sambil2 tu, jari menaip ayat2 berbaur lucah.. (cara ni utk org yg mempunyai daya imiginasi yg tinggi jer)
pastu ada gak yg mintak alamat FB, YM, dan lain2 la agar senang nak WC (web cam).. x ketinggalan mintak Nombor Phone (nk call, msg or phone sex). haha.. si gadis ni cepat sangat la cair nyer. kene ayat sikit, mula mencair..
lebih berani, ade yang terus set masa dan hari utk berjumpa. yg ni utk sesapa yg agresif jer. haha

Bg Strept la kan.. laman tu dicipta utk pelawat bersembang2.. berkenal-kenalan. tapi makin lama ia disalahgunakan. x dinafikan ada pasangan yg bertemu jodoh dengan ber chatting dalam internet. dan tak dinafikan juga ade pasangan yg dah terlanjur dan tersesat ke merata2 disebabkan chat ni gak..

Kita dah ada otak utk pikir mana baik, mana buruk.. teguran ni utk diri Strep gak yg gila chat ni. mana baik, kita ambik, mana buruk pandai2 la nk pilih..

NotaKaki : lebih berminat dgn YM, sebab Strept akn chat dengan org yg Strept kenal jer..
Skype plak hanya untuk rakan2 rapat n ahli keluarga. kalau korang nk rasa chat, [klik sini]


3 Si Pembebel to "laman Chat atau Laman Seks?"

Social Share!

Get Social Share 2.0!