Salam sejahtera dan salam keamanan.. Moga kita selalu dibawah naungan Tuhan yg berkuasa atas alam ini.. Amin..

Strept nk bercerita pasal syukur dalam entri kali ni.. sepatutnya, pada saat dan tika ini, korang dah perlu bersyukur sebab diberikan umur dan kelapangan masa nak baca blog ni atau nak online internet.

Syukur tu amat luas perbahasannya. besar definisinya, umum pensyarahannya. tapi Strept nk ringkaskan seringkas yang mungkin utk anda faham konsep syukur.

Orang yg bersyukur, walau dpat RM100, dia will say "alhamdulillah" dan ia akan merasakan ia sudah cukup kerana memikirkan ia adalah tahap rezeki yg dikurniakan oleh Allah..

Orang yg x bersyukur, walau dpat RM1000000000000++, and he will say "ini atas usaha aku" dan tia x akan pernah merasa cukup sebab dia langsung tidak memikirkan tentang siapa yg telah memberikn nikmat itu.

yang terbaik ialah orang yang sentiasa mencari rezeki yang berlipat kali ganda dan syukur itu tidak lari langsung dalam hidupnya. malah ia membelanjakan hasilnya ke jalan yg diredhai dan turut berzakat.

so, kita dapat beza, orang yg x bersyukur, akan sentiasa hanyut dalam dunianya tanpa ada guard atau kawalan. akhirnya, harta2 nya mnjadi "lagha" dan akan memakan dirinya semula.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’”
(Surah Ibrahim, ayat ke-7)

Imam Ghazali, menerusi karya tersohornya – Ihya Ulumuddin – menyatakan bahawa syukur itu harus ada tiga elemen. Elemen pertama adalah ilmu, elemen kedua adalah perasaan dan elemen ketiga adalah amal.
Ilmu plak terbahagi kpd 3 iaitu :

-ilmu tentang nikmat itu sendiri (agar dia dpt memahami nilai nikmat itu)

-ilmu tentang siapa yang memberi nikmat. (agar dia kenal siapa yg mmberikan dia nikmat itu)

-ilmu tentang siapa yang mendapat nikmat tersebut (agar kita merasa rendah diri sbg penerima dan bukn pmberi)

Analogi rasa syukur itu begini; bayangkan kita sebagai rakyat Malaysia, tiba-tiba mendapat hadiah sebuah kereta BMW daripada Perdana Menteri Malaysia. Sekarang perhatikan, seseorang yang mendapat hadiah tersebut pastinya tidak akan dapat berterima kasih dan bersyukur kepada Perdana Menteri itu seandainya ia tidak mengetahui nilai BMW. Seandainya seseorang itu tidak mengetahui bahawa BMW itu adalah sebuah kereta yang mahal dan ternama, pastinya ia tidak akan menganggap pemberian itu sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Kemudian, pastinya seseorang itu juga tidak akan dapat berterima kasih dengan sehebatnya seandainya ia tidak mengenali bahawa yang memberikan kereta itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Ia juga mungkin tidak mampu untuk berterima kasih seandainya ia tidak mengenali dan menyedari bahawa dirinya cuma seorang rakyat biasa yang berdepan dengan pemimpin nombor satu negara. Namun, apabila ia menyedari ketiga-tiga perkara tersebut, maka pastinya ia akan mempunyai perasaan yang sangat-sangat gembira. Ia pasti akan memuji-muji Perdana Menteri itu. Seterusnya, ia pasti akan menggunakan kereta yang telah diberikan itu dengan sebaiknya untuk terus mendekati Perdana Menteri, mengucapkan terima kasih kepadanya dan memuji-mujinya. Ia pasti tidak akan menggunakan kereta itu untuk perkara yang dilarang oleh Perdana Menteri. Begitulah analogi rasa syukur yang sebenar.

kalau x faham lagi konsep tu, baca bnyak kali ea.. hihihi...
nak bersyukur ni susah.. tapi x mustahil kan, kan, kan....

NotaKaki : jom sama2 kita lahirkan rasa kesyukuran ni ea.. dapat sikit pon jadi la.. tu pon dah Alhamdulillah..


1 Si Pembebel to "Syukur tu kena ada walau sikit"

Social Share!

Get Social Share 2.0!