ok, aku nak story kat korang pasal 1 benda ni.. mungkin dah lama berlaku tapi kene sentiasa diingatkan agar semua manusia ni paham dan ambik iktibar. sebelum tu, perkembangan terbaru binatang ternakanku ialah.... x de pape perkembangan yang memberangsangkan lagi..huhu~ telur2 tu belum menetas. x sabar nak tengok baby2 keluar berenang2. haha.. setakat ni ade la sikit perubahan kat telur2 tu.. x pe, kita tunggu 2 3 ari lagi okeyh..


kembali ke usul asal.. Perpecahan tu satu benda biasa. zaman sekarang, segala macam parti politik mempropa dengan menyatakan membela nasib melayu (konon nya lar). maka tertubuhlah pelbagai jenis parti/pertubuhan yang nak mempertahankan bangsa melayu ni.. Aku ambik jalan mudah..korang nak gadoh, silakan. aku x sentap ar.. Sebab aku sedar, dari dulu lagi, perpecahan ni dah wujud dalam dunia islam yang sangat teguh dan kukuh. Islam boleh berpecah, x kan melayu x boleh.. tol x?


Sebelum aku sembang lagi kencang, aku nak bg sttment dulu. Dalam cerita kat bawah ni, x de kene mngena ngan pemburukan watak2 utama malah x de niat nak merendah2 kan mana2 pihak yang berjasa besar dalam islam. ok,


1st kita masuk bab perang saudara zaman khulafa'. Antara watak utama ialah Aisyah (isteri Nabi) dan Ali (khalifah 4/sepupu nabi).


-Masa ni, khalifah ke-3 (Khalifah Uthman) dibunuh dirumahnya. lalu Ali naik sebagai pengganti. Puncanya, simple. masa Ali naik menjadi pemerintah islam, Ali dengan kuasa Vetonya membuang ahli2 kabinet ketika itu (macam ahli2 parlimen lar). Lalu Ali menggantikannya dengan Ahli kabinetnya sendiri.. 
-Malangnya, Umaiyyah tergolong dalam mereka yang ter"deleted". Umayyah adalah saudara Saidina Uthman. Umayyah x puas ati ngan keputusan tu. 
-disamping tu gak, Ali merombak besar2 an konsep kerajaan ketika tu.. terutama pasal harta baitulmal.. lalu semua pihak yang terlibat x puas hati.. termasuk saidatina Aisyah.. hasil persepakatan Umayyah n Aisyah, diowang berpakat nak serang Ali.. SERANG!!!!!
-Lalu terjadilah PERANG JAMAL (perang unta)..
(kumpulan Aisyah kalah dan ramai yang mati terkorban. beribu2..)


2nd, kita msuk perang seterusnya pulak. Watak utama kali ni ialah Khalifah Ali dan Umayyah..


-Ali ni jenis improvise dalam semua perkara.. kan dia khalifah, so mmg kene alert lar.. masa ni, Ali dengan tegarnya memindahkan ibu negara islam yg dulunya di Madinah ke Kuffah..
-Dalam masa ni, masalah kematian Khalifah Uthman masih lagi terbengkalai. Umayyah semangat nak kes tu diselesaikan segera. tapi bg Ali, dia nak amankan dulu keadaan sebelum setelkan masalah tu..
-Umayyah dan pengikutnya x mengiktiraf Ali.. perang berlaku dengan dahsyat antara pengikut Umayyah dan pengikut Ali.bagi diowang Ali ni lembab dan x boleh wat keje..
-Makin lama berperang, diowang dah khbisan snjta. lalu Umayyah nak berdamai. tapi Ali x mo.. dia ckap tu helah Umayyah jer...
-Last2 Ali akur n diowang berdamai. Malangnya, x capai kesepakatan.. then diowang kembali bertelagah.. ramai yang mati masa nih..berpuluh2 ribu..
-Masa ni, ada pengikut Ali yang mula berpaling tadah. Diowang mula meninggalkan tentera Ali dan mereka ni lah golongan khawarij. Pengikut Ali plak adalah Syiah..
-Kat sini la perpecahan akidah mula terbentuk.. Isu kenaikan Ali pon dan memecahkan umat masa tu dengan kemunculan puak syiah.. kini terbentuk plak puak Khawarij..


Agak2 korang, cam ne penyelesaian isu kat atas tu??


Jawapannya, isu tu setel selepas Puak khawarij tu tekad bunuh Ali.. lepas Ali meninggal, Umayyah memegang tampuk pemerintahan dan keadaan kembali tenang..


Point yang aku nak ambik kat sini, kita ni walaupon dalam 1 kroni, x boleh membiasakan prinsip nepotisme melampau.. kronisme ni kene hapuskan.. Lagi 1, umat melayu ni x boleh terima pembaharuan yg pesat atau serta merta. karang mula la pakat melatah.. banyak sangat benda2 taboo yang mengengkang.. Adat dijadikan tunjang, padahal, kadang2 adat tu x perlu sangat. beria jer nak over2..


Aku bukan saje2 nak cerita kisah sirah kat atas tu. apa yang aku nak sampaikan, sesuatu puak tu akan berpecah belah gak kalau x kesefahaman. sedangkan pemimpin2 agung dulu pon x sebulu, inikan lagi kita.. haish..


NotaKaki : walaupon dari kisah atas aku bias kat Ali, tapi Umayyah merupakan ketua yang hebat gak.. tak tipu punya.. sampaikan tersebar megah kerajaan Umayyah yang tesergam gagah!! punyai bala tentera yang sangat ramai.. Tapi malang, diowang jatuh ditangan Pasukan Salib..


3 Si Pembebel to "Perpecahan tu benda biasa.."

  • waa.aku dah la minat pasal sejarah2 ni.mane ko dpt dengan detail pasal crite perang jamal ni? ade buku tak?

  • aku berminat nak tau pasal 2 perang saudara ni.. mcm x bape meluas kan cerita pasal perang ni.. pdahal perang ni berkaitan pemimpin2 ulung islam..
    tapi klu nak cari penulisan pasal perang nih, kene hati.. sebab mungkin mereka menulis berasaskan mazhab syiah atau mazhab lain...

  • bagi penulis, mana yg betul dalam kes perang diatas? sape yg dipihak yg benar?

Social Share!

Get Social Share 2.0!