- Cepat Gabra..
Gabra @ Cuak @ nervous @ Menggelabah.. Aku cepat menggelabah kalau aku memang x ready n terus kene pegi depan atau bercakap kat depan.. Time tu mula la peluh, ketar, degupan jantung, semua mix menjadi 1 mixture yg amat menakutkan... Pernah 1 ketika, masa kat masjid, aku ngah solat maghrib, tetiba ada pakcik ni touch bahu aku.. dia punya touch tu dah mcm nak pukul beruk yg bertenggek kat bahu aku. punya la terkejut time tu, terus darah gemuruh aku ditahap 89.9%.. (padahal dia nak aku jadi imam). Pastu pe lagi, memang terus gementar ar.. mujur dapat kawal vibrate kaki aku time tu.. hahahaha... x kan lupa kenangan tu. hehe


- Kurang Dengar
Ni terjadi masa aku kat kaunter. Paling aku lemah kalau kaunter tu x de skrin harga untuk pelanggan. so, peniaga akan cakap nilai yg aku kene bayar. Aku bab ni mmg akan jadi kurang dengar. Selalu terjadi kalau kat kedai runcit atau Kat kedai makan. untuk jalan selamat, aku agak2 n bagi duit besar. Aku pon kompius, apa sebenarnya yg aku alami. kadang2 sampai aku suh dia ulang 2 3 kali harga yg dia sebut. cit!!


- Tongkat Motor..
Aku seorang yang akan lupa untuk angkat tongkat motor kalau nak drive motosikal.. ni habit buruk aku dari dulu. X tau kenapa.. puas dah cuba nak hilangkan habit ni, tapi x boleh2 gak.. kalau naik je motor, mesti akan sedar setelah tongkat tu terseret kat jalan.. haishhh~


- Fobia ngan air sejuk..
Air paip yang sejuk mmg menguji keimanan aku.. that y la aku mengambil masa kadang2 sampai 2 jam dalam tandas semata2 nak mandi petang.. aku memang benci ngan air sejuk kalau nak mandi. Kalau kat asrama, memang x dapat lari la dari menikmati air paip sejuk an.. so, cara aku, aku pasang shower, usik2 dulu air tu, pastu basahkan kaki.. basuh2 tangan.. main2 dulu sehingga kulit aku dapat terima suhu ketika itu dan baru basuh rambut. dan seterusnya badan. Tapi berlainan kalau mandi pagi. nak2 kalau dah lambat g kelas, sejuk ke panas ke, masa tu kulit aku dah x de deria. gelabah nye pasal. haha


- Kurang percayakan orang laen
yang ni akan terjadi masa aku membonceng motosikal ngan mana2 makhluk dimana aku jadi pembonceng dan bukannya pembawa. laen kalau aku jadi penumpang kereta. aku x gusar sangat. kalau naek motor ngan orang, mesti aku x sedap hati. tambahan plak kalau dia kaki rempit.. memang aku rasa nyawa aku mcm tertinggal kat belakang walaupon dia x de sejarah xcident dijalan raya. hahaha


Korang pon mesti ade habit yg kadang2 korang x berapa suka an.. Bagi aku, tu benda biasa lar.. x de sesiapa yang sempurna kat muka bumi ni.. kalau dia anggap dia sempurna, maka dia anggap diri dia TUHAN.


NotaKaki : Kucing aku ade habit buruk gak. dia pandai berpura2 lapar untuk mndapatkan semangkuk wishkies.. dasar kucing drama..


6 Si Pembebel to "5 benda yg membuat aku giler"

Social Share!

Get Social Share 2.0!