Salam semua, bulan ni memang aku x bape terfikir nak update entri disebabkan proses pemulihan mentel dan proses hibernation. haha.. lagipon urusan utk uruskan pendaftaran untuk sem ni agak kacau bilau sikit. Asenye x terlambat nak ucapkat Welcome kepada semua junior2 baru yg baru mndaftar masuk KUIS sem ni.. (ayat seorang senior yg prihatin) Muahahaha...

Ok, kembali ke pangkal jalan. Aku teringat 1 berita apabila terdengar khabar angin mengatakan makanan kat IKEA tu haram... (meat ball). aku pernah makan kat situ 4 kali. sedap gak lar~
Ok, kalau mengikut 1 hadis yg pernah aku belajar, Dari rasulullah, yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, ditengah2 nya itu adalah syubhah. (aku dah lupe la matan hadis ni)

Dan masa aku study "Qawai'd Fiqqhiyyah" @ kaedah Fiqh dulu, ade 1 formula ni, "halal bercampur haram maka ia haram...." contohnya, korang buat kek, semua bahan2 adalah halal, tapi korang letak setitik arak dalam tu, maka ianya haram dimakan. walaupon sikit. sebab 1 hadis sahih ada cakap, yang haram tetap haram walaupun ia sikit atau banyak"

Ok, tapi ada 1 kaedah laen menyatakan, "benda yang haram akan jadi halal kalau berada dalam benda halal" see that.. sebenarnya itu yg seorang junior aku tny... apa kesinambungan antara kaedah ni ngan kaedah diatas.

Bab2 halal haram ni memang jadi isu hangat sekarang ni an.. dan yang paling aku panas nye, semakin orang ramai risau, semakin banyak khabar angin tersebar. kononnya produk ini x halal... produk ini ade babi... produk ini ada geletin haram... macam Fish Dow!!

Menyebarkan fitnah lebih dahsyat dari korang makan benda haram. kalau bnd haram, ia antara kau dengan tuhan. kau boleh mintak ampuntaubat. kalau fitnah, ko antara manusia n manusia. n dosa antara manusia ni x kan terampun selagi tiada kemaafan.

Sebelum buat atau sebarkan apa2 fakta, tolong la check dulu.. jangan ikut suka hati jari menulis atau copy paste. pastu sebar kat FB n blog.. ayo~

Pernah aku tersentap masa org cakap McD ni haram. Fish!! aku dah la peminat McD. last2 aku check JAKIM, diowang menafikan pengharaman McD. camtu gak dengan produk yang ade tulisan E72.. kononnya ade produk babi n semua adalah haram. ni pon 1 lagi ngek. kalau nk bg tau orang, check dulu portal JAKIM.

Sebab apa kene rujuk JAKIM? sebabnya diowang je yang tahu dan arif pasal produk kat Malaysia ni.. so, wat pe nak serabut2.. kalau rasa was2, rujuk je. kalau x de better x payah makan. kalau dia cakap halal, so makan je lar, senang an.

Tak semestinya x de logo halal itu adalah Haram. dan x semestinya logo halal dari negara lain itu adalah x sah. kadang2, sikap stereotaip umat manusia ni membuatkan mereka lebih jahil dan dipandang kebelakang..


Dari korang menggelabah cari haramnya bahan2 dalam produk, better korang pentingkan jugak halal kat hotel nih.. apa korang makan, korang seminar, weding kat hotel, yang tu korang x pandang series plak an. haish....


NotaKaki : Risau sangat makan benda haram. tapi maen judi, berzina, memfitnah, yang tu x risau pulak.. anak bini x dijaga, last2, apa pon x dapat.. Werrkkk~


8 Si Pembebel to "Haram + Halal = ?"

Social Share!

Get Social Share 2.0!