Ni merupakan sambungan entri sebelum ini. Sebelum aku ulas pape, aku senaraikan dulu apa tuntutan BERSIH 2 untuk tahun ini.

1. BERSIHKAN SEMUA SENARAI UNDI
2. MEREFORMASI UNDI POS
3. MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL SEMASA UNDI
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Setahu aku, tuntutan ni adalah untuk SPRM dan serasa aku tuntutan tersebut hanya 1-5 sahaja yang berkait rapat dengan SPRM. Mungkin mereka kena menambah lagi golongan sasaran. Mungkin.

Untuk Perkara 1, aku menyokong hasrat mereka ini. Membersihkan senarai undi. Kalau boleh refresh semua nama-nama pengundi dan pastikan senarai2 tu dirahsiakan 100% agar butir-butir diri x terlepas ketangan penyangak2.

Kemudian Perkara 2 iaitu mereformasi undi pos. agak-agak, bagaimana dikatakan mereformasi undi pos ye? Adakah dengan menggunakan Pos Awam, Stem Hasil? Pos Laju? kerana kalau ada sahaja Undi Pos, mesti pihak pembangkang x berpuas hati kalau mereka kalah. Maka Isu Pengundi Pos dinaikkan. Kalau mereka menang, isu ini senyap. Adakah bermakna Undi Pos akan jadi adil sekiranya mereka menang mana-mana pilihanraya?

Kita tengok pula Perkara 3. Menggunakan dakwat kekal. Ok, lepas ini SPRM perlu sediakan marker pen permanent untuk pengundi. kalau tak pon, gunakan cat minyak. Mungkin nak nampak lebih cantik, gunakan cop seperti cop-cop pejabat. Adakan ruang tanda tangan sekali dibawah. boleh buat love-love or bunga-bunga. hehehehe.

Untuk Perkara 4, aku rasa tak berapa relevan. Aku rasa masa berkempen sekarang ni dah cukup kot. 21 hari tu LAMA WOI~ 3 minggu. Kalau sesebuah Parti tu merasakan mereka layak diundi, so mereka perlu mempengaruhi pengundi-pengundi bukan sahaja dihari-hari pengundian. Tetapi sepanjang mereka memegang tampuk parti. cuma di hari pengundian adalah tempat para ahli politik menabur janji manis dan menghipokritkan penyokong. Itu ada dalam mana-mana parti.

Perkara 5 pula tentang Media. yang ini aku masih mempertimbangkan sama ada nak setuju atau tidak. Sejujurnya, aku memang terlihat sedikit kebiasan dalam media kini. Tapi itu adalah tuntutan/keterdesakan. Memandang pada 2 belah pihak, Pro dan Anti, kedua-dua ada mempunyai medium media masing-masing. dan jika dilihatkan, medium sebelah sana hanya tahu memburukkan yang sebelah sini. adakah ia diciptakan semata-mata untuk memburuk-burukkan pihak lawan? patut la x berkembang maju media tu. Kemudian nak salahkan pihak sebelah sini pulak.

Ok, go to Perkara 6. Kukuhkan institusi awam. Macam mudah je kan kita dengar. tapi hakikatnya, kalau mereka (pembangkang) memerintah nanti, mungkin institusi awam pon masih belum tentu dapat dijaga rapi. Pemberian bonus, gaji tinggi dan pelbagai sogokan lain bukanlah jalan terbaik. memperkemaskan institusi awam perlu melihat secara menyeluruh dalam kesemua aspek.

Seterusnya Perkara 7. Stop Rasuah. Ok, ini aku sokong 100%. Hentikan rasuah dari sebesar-besar hinggalah sekecil-kecil. Ikan jerung, ikan kembung, ikan pari sehinggalah ikan bilis harus ditangkap sekiranya ada melakukan rasuah. So far aku berpuas hati dengan SPRM. cuma mungkin menjadi 1 kebiasaan, kalau si pesalah masuk je pejabat SPRM, pasti ditemui mati kat luar bangunan. Punca???? hanya Tuhan dan si mati mengetahui.

Untuk perkara terakhir pula ialah hentikan politik kotor. melalui observation aku, politik kotor ni memang wajib ditebas sampai habis-habisan. ianya bukan hanya berlaku dalam pihak pemerintah, dalam pihak pembangkang juga ada mengamalkan politik kotor ini. maka, sama-sama kene sedar yang politik kotor ni memang MENJAHANAMKAN sesebuah parti politik jer nanti.
Aku tak pasti sama ada perhimpunan ni dapat kebenaran atau tidak, Jika dapat kebenaran, maka anda bolehlah menyertainya dengan aman (bersorak sambil menghirup udara yang tak berapa segar). Tapi kalau ianya tak dibenarkan, maka bersedialah nanti. Kalau kene baling bom ke, kene sembur air ke, kene baling batu or asap pemedih mata ke, jangan menyalak pulak. :)

Ok la.. Aku pun dah letih nak taip, rasa malas dan nak sambung main game. Aku nak tinggalkan anta dgn satu blog nih. View la yer.... (orang yang nak join BERSIH perlu baca dan faham 1 per 1.)

NotaKaki : aku tertarik dgn 1 kata-kata sorang blogger nih "Tuntutan macam itu di bawa ke jalanan, ia seperti kau berlenggang kat atas jalan pakai kain pelikat, dengan selipar dan baru bangun tidur. Kalau semua orang bersorak, kau bersorak. Orang menjerit mencaci, kau ikut mencaci. Ok, tuntutan dari seekor lembu kepada seekor babi, lebih tepat mungkin analoginya" Nak tahu sape menulisnya? cari sendiri. Muahahaha~


3 Si Pembebel to "Bersih adalah Bersih"

Social Share!

Get Social Share 2.0!