Alasan..Alasan.......Alasan...........

Arini aku terbaca paper pasal kes kawin lari.. aduh~ letih telinga aku dgr pasal bnd2 nih.. mata aku pon dah penat baca benda2 nih.... tu belum kes poligami tanpa kebenaran.. cit~

Memang la dalam agama x de tentukan atau wajibkan pasal daftar2 segala bagai nih, tapi sebagai manusia yang ade otak, cuba kita guna... dah bagi, siap sia-sia kan..

Isu Pertama aku nak kupas pasal Kahwin Lari kat sempadan..
kalau sentuh isu kawin lari ni, sebab utama adalah ayah x setuju dgn calon suami/isteri.. emak x restu perkahwinan.. Sebenarnya, keputusan kawin lari adalah benda B_doh.. kawin kat Thailand tu, dah la x sure yg tukang nikah kau tu cukup syarat or x.. dan adakah majlis nikah kau tu complete. Tak fasal2, korang bersedudukan haram.. dapat anak, siap x boleh daftar.. jadilah anak kau tu Pendatang di tanah air sendiri..

Cara Penyelesaian : Simple je.. Andai kata mak bapak korang x setuju calon korang tu, korang abaikan jer, ajak pasangan korang tu g mahkama n mohon untuk wali hakim.... (dalam kes wali ingkar)
so? pedehal nak lari2?? korang boleh nikah dgn sah n tak payah nak serabut alam.. isu mak/bapak mertua ko x restu tu, tolak tepi, kalau korang kawin lari kat sempadan tu lagi lar.. serabut alam dan semakin serabut nak daftar nikah.. kene denda plak tu.. hohohoho~ padan muke...


Isu Kedua akan aku kupas ialah Poligami Tanpa Kebenaran...
Ni bab nak kahwin lebih... dua, tiga atau mungkin empat. hehehe~~ kalau dulu, hakim tempat aku praktikal selalu cakap macam ni "kalau masa nak kahwin 1st, tau plak ikut prosedur.. nak poligami ni kenapa nak langgar2 prosedur plak??" Persoalannya sekarang, apa punca utama korang nak poligami? adakah sebab nafsu korang umpana naga lapar yang x pernah2 puas? atau nak selamatkan wanita (kononnya).. atau nak x de anak? 

Ok, pastu tengok kemampuan korang pulak.. Korang mampu nak bergilir dengan ADIL?? korang mampu zahir dan batin?? korang mampu berlaku ADIL antara isteri2 kau?? so pikir2 balik... 

Kalau korang dah cukup semua benda2 kat atas tu, so korang LAYAK nak poligami... kalau dah layak tu, x yah nak pikir2 laen dah. x yah nak pikir bini pertama x benarkan, mak mertua bini kedua x bagi poligami... or bini ketiga ugut mintak cerai... ketepikan semua tu sebab ko dah yakin secara KUKUH yang KAU MAMPU. Then, x payah wat keje B_doh dgn poligami tanpa kebenaran. siap nak kawen kat luar negara..(padahal thailand jer)

Cara Penyelesaian : segala prosedur tanda tangan bini2 lama tu karut jer. kalau korang mampu, x payah takut lar dgn segala ugutan isteri2 or kemarahan2 mereka. kalau diowang x bagi pon atau x nak sign, hakim akan tetap benarkan kalau korang ni betul2 MAMPU. Buat jer permohonan poligami kat mahkamah. masa prosiding nnt, korang cool jer.. dgr je la bini2 korang nak membebel (bebelan x bagi korang kawen lagi) so x de alasan nak kawen merata2 tanpa kebenaran. x fasal2 kene dakwa n kene denda.. dah malu muke masuk court. tet~

Tapi, kalau dah tau diri tu TAK MAMPU, x payah nak simpan angan2 nak rosakkan perkahwinan korang dgn anak orang..

NotaKaki : nak buat benda baik pon nak guna jalan salah ke?? haish.. Syurga wanita dibawah kaki ibunya..apabila dia dah berkahwin ia berpindah kepada suaminya... Syurga lelaki tu dibawah tapak kaki ibunya dan tetap ibunya walaupun dia dah berkahwin. so pikir la.. x kan nak kawin sampai sanggup tutup pintu syurga dengan menyebabkan ibu kita marah semata2 nak puaskan hati kita dgn berkahwin dgn wanita pujaan hati... Menjaga hati Ibu tu adalah yang UTAMA dari menjaga hati makwe or isteri korang..


3 Si Pembebel to "Dah Tiada Alasan..."

Social Share!

Get Social Share 2.0!