Sebelum ni aku ada membincangkan tentang dua perang besar dalam islam yang memberi impak yang sangat besar dalam islam sehingga berlaku perpecahan akidah. Perang tersebut adalah Perang Jamal dan Perang Siffin.

Semakin lama, semakin kita berfikir dan terus berfikir tentang satu-satu kejadian. Maka wujudlah pihak yang melihat Ali sebagai hero dan dalam masa yang sama mengiktiraf Aisyah dan Umaiyah sebagai pemberontak. Di sebelah pihak yang lain pula mengganggap Ali sebagai pembelot dan tidak mengiktiraf Ali.

Apa yang aku nak tekankan disini, kita tak ada hak nak tentukan siapa salah dan siapa betul. Aisyah. Bukan calang-calang orang. Dia isteri Nabi S.W.T, seorang yang faqih (hebat dalam ilmu Fiqh). Hebat dalam perubatan. Tinggi dalam ilmu sastera dan yang paling utama, dia dijanji Syurga oleh Nabi Muhammad.

Ali juga bukan calang-calang insan. Dia khalifah keempat. Kedudukan disisi nabi ialah sebagai sepupu. Juga sebagai kanak-kanak pertama memeluk islam. Ketinggian darjatnya di beri oleh Allah. Oleh kerana itu dia menerima title "karamallahu wajhah". Ali sahabat/saudara Nabi yang banyak berjasa. Dia juga merupakan Ahlul bait.

Umaiyah juga begitu. Dia saudara Uthman. Dia pernah menjadi Gabenor ketika Khalifah ke-3 memerintah. Dia juga mengasas Kerajaan Umaiyah yang Gah dan mashur sehingga dapat menakluk dan menjajah negara-negara dengan memperjuangkan Jihad. Dia juga seorang penulis wahyu.
Ketika perang Jamal, sejarah islam tercalar dengan kematian beberapa orang sahabat nabi yang memang taksub dengan islam. Antaranya Talhah. Dia dipihak Aisyah ketika Perang Jamal. Ketika dia tersungkur kalah dimedan perang Jamal, Ali turun menyapu mukanya dari pasir. Talhah turut digelar Aba Muhammad.

Ketika Zubair (dipihak Aisyah) dibunuh, pedangnya dihadapkan kepada Ali sebagai tanda Zubair telah tumpas. Namun, Ali berkata "Pedang ini dahulunya sentiasa menghilangkan dukacita diwajah rasulullah, namun kini kau telah membunuh pemilik pedang ini".
Ali menyambung lagi, "aku mengkhabarkan neraka buat kau kerana Nabi pernah bersabda, 'Beri khabar kepaka pembunh Zubair dengan Neraka' kerana nabi tahu, pembunuh Zubair adalah pengkhianat".

Ketika pihak Ali memerangi Aisyah (ketika itu katanya Aisyah nak jumpa Ali utk menunjukkan ketidakpuasan perlantikan Ali) Ketika itu aku terfikir, takkan la GILA KUASA sangat Ali sampaikan nak memerangai sesiapa yang tak bersetuju keikannya. Sedangkan Aisyah bukanlah calang-calang orang..

Maka setelah aku melihat dari beberapa sudut pandangan sejarah, maka aku tertarik dengan penjelasan Dr.Mahza dalam pidatonya. Dia menjelaskan bahawa ketika itu, Aisyah bukanlah pergi untuk tujuan membantah perlantikan. dan perang antara kedua-dua pihak adalah angkara munafiq yang ada didalam tentera Ali yang inginkan perpecahan berlaku. maka mereka memfitnah kononnya tentera pihak Aisyah menyerang mereka lalu huru-hara berlaku dan mereka saling berbalah antara satu sama lain.

Ketika perjanjian antara pihak Umaiyah dan Ali dalam perang Siffin pula, diperlihatkan oleh sejarah, bagaimana pembelotan Duta Umaiyah (Amru) ketika Duta Ali (Abu Musa) dan Duta Umaiyah berbincang untuk menyatupadukan orang islam. Kononnya Duta Umaiyah, Amru membelot persetujuan ketika mereka berucap dihadapan.

Teruk sangat Sahabat nabi (Ali) sampai berebut-rebut jawatan? Ataupun bodoh sangat ke sahabat nabi (Amru) sehingga boleh diperbodohkan? Amru bukanlah orang-orang biasa. Amru diiktiraf oleh Nabi sebagai orang Quraish yang PALING SOLEH. Islam dan imannya diiktiraf oleh Nabi. Dia juga diberikan kelayakan oleh Nabi menjadi kepala didalam perang zatus salasil. Dia juga Dilantik oleh nabi menjadi Gabenor sehingga akhir hayat nabi.

Maka, tuntasnya, kita pelu bersangka baik kepada semua sahabat-sahabat nabi yang dipercayai oleh nabi. yang diperakui keislamannya oleh nabi. yang dijanji syurga oleh nabi. yang pernah bersemuka dan bekomunikasi dengan nabi. yang berada disisi nabi ketika wahyu diturunkan dan ketika islam didakwahkan. yang bersama-sama menggadaikan nyawa dalam perang-perang besar. yang diuji kehidupannya melebihi ujian hidup umat sekarang.

Oleh itu, aku berasa ragu-ragu dengan sejarah tersebut. Kerana kalau aku berfikir jika itulah sejarahnya, maka disitu memperlihatkan yang Ali, Aisyah dan Umaiyah dipertontonkan sebagai GILA KUASA dan Amru adalam pembelot. Aku tak bersetuju sama sekali.

NotaKaki : aku kadang-kadang berasa tertipu dengan sejarah. Nak lebih pembacaan, klik sini dan sini.


0 Si Pembebel to "Perpecahan tu benda biasa 2"

Social Share!

Get Social Share 2.0!