Syukur kehadrat Illahi.. Dapat kita bernafas sehingga kesaat ini. Diam tak diam, kita semakin menghampiri bulan barakah pada setiap tahun yang dijanjikan jutaan rahmat oleh Sang Pencipta. Insyaallah minggu depan, seluruh umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia akan melengkapkan satu dari syarat didalam Rukun Islam.

Berpuasa membawa erti kata menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dan disertakan dengan niat. Ni takrif umum bagi puasa.

Kali ini, aku rasa macam berminat nak cerita sedikit tentang satu peristiwa. Waktu nak menghantar assgment, aku ternampak 1 memo tertampal. Tertulis di memo tersebut Hukum Imsak. Melalui pembacaan aku secara sepintas lalu, kelihatan, penulis tersebut ingin mengatakan bahawa Imsak tu x de dalam islam dan ia seakan-akan bida'h yang teruk.

Tapi, bagi hemat aku lah, Imsak tu perlu, ada kebaikannya. Ia umpama satu guard line agar umat islam bersiap sedia untuk berpuasa pada hari seterusnya. Contoh simple aku bagi, ia umpama lampu isyarat. kalau la lampu isyarat tu hanya ada 2 warna (merah dan hijau), agak-agaknya ade tak yang sempat nak stop kalau dalam keadaan laju?

Imsak itu umpama amaran supaya kita dapat menghabiskan semua aktiviti (makan, jima', korek hidung, minum dll). Ia perlu sebab selalunya umat manusia kat Malaysia khususnya selalu menangguh-nangguhkan bersahur. Termasuk lah aku.. Last-last minit baru nak terkial-kial. So kalau ada waktu imsak, ia kelihatan lebih efisyen dan sistematik aturan berpuasa seseorang tu..

Walau apa-apa pun, ia terpulang kepada individu. Ilmu pada setiap orang membezakan pandangan masing-masing. Walau macam mana pun, aku harapkan puasa kali ini dikurniakan berbilion2 rahmat dan diringankan untuk kita semua menjalankan amal ibadah setiap hari sepanjang Ramadhan yang bakal menjelma ini.

Semoga Allah melanjutkan usia kita dan memberi keampunan sepenuhnya.. Insyaallah... Akhir kata, Salam Ramadhan Buat Semua.. Selamat berpuasa dan jangan ada yang nak ponteng-ponteng..

NotaKaki : Tak sabar nak tengok pemegang mohor raja-raja yang baru.. selamat berkhidmat buat beliau.. buat yang terbaik ketika live di TV. hehehehe!


3 Si Pembebel to "Salam Ramadhan"

Social Share!

Get Social Share 2.0!