Walaupun syawal dah berlalu pergi, tapi aku masih mengidam nak makan biskut makmur.. masa beraya, 1 jadah kuih makmur pun aku tak jumpa. ohh damn!!
Akhirnya, aku keluarkan sedikit duit dan beli kat pasaraya.... (boleh tahan mahal kuih ni)

Tapi malangnya, sangat tak memuaskan hati. Disamping tiada kepuasan sebab banyak mulut yang menyuap. haha~

pagi tadi, aku menyuarakan hasrat untuk menyuruh mak aku buatkan aku kuih makmur. Then, mak aku list kan barang-barang untuk aku beli.... jom kita usya-usya bahan-bahan nak buah kuih nih..

Bahan-bahan dia simple. yang penting, kena ada minyak sapi. (siapa tak tahu minayk sapi, sila tepuk dahi sendiri kuat-kuat)

150gm - Minyak sapi.. (beli yang mahal sikit.... baru best)
100gm - Mentega / Minyak masak (lihat kemampuan korang)
500gm - Tepung gandum. (ayak2 dulu kasi halus)

untuk inti dia
Kacang tanah secukupnya.. (sila goreng tanpa minyak terlebih dahulu, then buang kulit n blend tapi jgn bagi halus sangat)
Gula kastor (kalau tiada atau terasa mahal nak beli, korang blend sendiri gula kasi halus)

Cara buat teramat senang.. campur je semua 3 bahan-bahan kat atas dan sila pastikan ia jadi doh. Bukan cairan atau debuan tepung yang berkecai. kalau adunan cair tambah la tepung. kalau kering kontang, tambah la mentega atau minyak sapi..
kalau dah jadi doh, sila gentel bagi jadi kecil-kecil. penyekkan sikit dan letakkan inti. (nanti aku bg tau cara nak buat inti tu).
Letak atas dulang dan bakar.. (aku lupa la suhu berapa tadi)

Untuk inti, campur je kacang hancur td dgn gula. kalau nak senang, gaulkan dgn marjerin dan simpan dalam peti. bagi keras sikit. baru senang dan tak berterabur...

Lastly, kalau dah masah kuih tu, baling-baling je atas gula kastor.. bagi rata dan tunggu sejuk. dah siap, boleh la makan!!

Ok, selamat mencuba..
(adunan tu boleh buat dalam 50-60 biji)

Hasil tangan beta.. dan terbukti sedap. Muahahaha!!

Notakaki : mak aku pesan, kalau nak lebih sedap, guna 100% minyak sapi. tak payah guna mentega atau minyak. Lepas tu, campur sikit dengan susu tepung.. baru rasa bersusu sikit.. hehehehe~


0 Si Pembebel to "Cara Nak Buat Biskut Makmur"

Social Share!

Get Social Share 2.0!