Semua manusia didunia ni berhubung dengan cara berkomunikasi. sama ada secara lisan mahupun secara body contact atau bahasa isyarat.. Sivik adalah benda penting dalam kita berhubung sesama manusia. 

Hari ini, aku nak berkongsi dua benda penting ketika bercakap dengan sesiapa jua.. 

1. Gunakan intonasi yang sesuai.
Intonasi ketika berbicara amatlah perlu dititikberatkan. Si pendengar akan memahami isyarat mengikut intonasi si pemberitahu. Maka, jika dalam penulisan juga, akan wujudlah beberapa simbol yang menunjukkan intonasi si pengirim.. cth :
 - "eh, makan lar!!!"
 - "eh, makan lar~" 

Agak-agak ada beza tak antara 2 ayat diatas??

Ayat tersebut dibaca dengan nada keras dan nada lembut... ayat yang menggunakan ayat lembut, tetapi dituturkan dengan nada yang keras, maka akan jadi keras... ayat yang keras, jika dituturkan dengan nada yang lembut, akan jadi perlian.. 

2. Gaya percakapan.
gaya percakapan adalah mengikut kepandaian pengolahan si penutur kata. Antara contoh gaya percakapan yg ingin dibandingkan adalah seperti:
 - "dia pandai, tapi cacat"
 -" dia cacat, tapi pandai"  

Apa agaknya beza ayat diatas??

ayat diatas memasukkan 2 unsur, iaitu pujian dan kutukan atau kelebihan dan kekurangan. sebaiknya, kita ucapkan dulu kekurangan dan kita tinggikan dengan pujian.. cth : "budak tu belajar tak pandai2, tapi mengaji pandai, agama hebat..." jangan sama sekali kita memulakan dengan pujian kemudian diikuti kutukan. cth : "budak tu mengaji pandai, agama hebat, tapi belajar tak pandai2" Ade beza kan....

So, kita mula lar menuturkan kata dengan hemat dan bertatatertib. Melayu mementingkan adat dan agama memandang penting adab.. Sekian....  

NotaKaki : Bercakap biar pandai berlapik. jangan nak main sembur jer~~ 


1 Si Pembebel to "Sivik ketika bercakap"

Social Share!

Get Social Share 2.0!