Perasan tak, di Malaysia sahaja, lebih dari 3 pertubuhan yang ditubuhkan sama ada berdaftar atau tidak berdaftar yang katanya ditubuhkan kerana Islam. Biasa dilihat pertubuhan seperti ABIM, PERKIM, PEKIDA dan lain-lain diiktiraf dan didaftarkan sebagai pertubuhan yang menjaga kepentingan sesebuah agama dan bangsa. Itu belum pertubuhan-pertubuhan sokongan dan NGO lain.
Sejak baru-baru ini, aku terfikir akan perkara ini. Dalam islam sahaja, pelbagai mazhab wujud. Sama ada ianya dijalan yang benar atau sesat. Contoh besar yang boleh difahami adalah kewujudan ahli S.W.J, syiah, zahiriah dan khawarij.
Kewujudan puak atau pertubuhan adalah untuk mencapai cita-cita dan dalam masa yang sama menyangkal sesebuah puak atau pertubuhan lain. Contohnya macam ni. Kewujudan Parti UMNO yang dahulunya memonopoli dunia politik ditanah melayu disangkal dan dibangkang dengan mewujudkan parti politik lain sebagai pembangkang. Mengapa hal ini berlaku? Ini kerana, ada beberapa pihak melihat didalam UMNO itu sendiri tidak beberapa lengkap dan tidak menepati kehendaknya. Maka parti lain ditubuhkan untuk memperjuangkan misi dan visi parti itu. Mungkin visi mereka lebih kepasa islam atau kepada kebajikan.
Kembali kepada perenggan pertama kita, kewujudan pelbagai pertubuhan yang katanya membela nasib penganut agama Islam dan Melayu itu sendiri. Jika difikirkan, mengapa berlaku lambakan seperti ini. Jika benar ingin menjaga kebajikan, keselamatan dan aqidah islam/melayu, mengapa tidak bernaung sahaja dibawah satu lembayung?
Perumpamaan lain yang mungkin boleh difahami adalah dengan kewujudan tentera dan polis. Sedangkan kedua-duanya memikul amanah yang hampir sama dan satu mandat iaitu menjaga ketenteraman Negara. Namun disebabkan perbezaan kawasan dan beberapa hal dalam tugasan, misi dan visi, kedua-duanya tidak boleh disatukan, namun boleh bekerjasama. Point disini adalah “tiada persamaan”. Namun, bagaimana jika sesuatu pertubuhan itu “ada persamaan” antara mereka namun tidak digabungkan menjadi 1?
Mungkin masing-masing mempunyai fahaman masing-masing. Tak dikecualikan juga, mungkin ada misi tersendiri dan perasaan ingin kuasa. Tak hairanlah jika ada khabar menyatakan berlaku salahguna kuasa, penyelewengan kuasa, perpecahan kumpulan,pergaduhan pengikut dan kadang-kadang melanggar undang-undang Negara. Dan tidak hairan juga sekiranya pertubuhan yang kononnya bersandar pada “title” islam sendiri, pengikutnya langsung tidak mencerminkan attitude sebagai seorang islam. Langsung Tidak. Tidak hairan juga pertubuhan yang katanya membela nasib agama dan bangsa ini sendiri adalah duri dalam daging yang merosakkan agama bangsa dan Negara..
Bagi aku, tak perlu nak serabutkan alam dengan pelbagai kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan satu hak. Cukuplah bergabung dan kuatkan satu kumpulan sahaja. Lagi bagus, perjuangkanlah agama seperti mana pejuang dahulu memperjuangkan agama. Bukan sekadar berselindung dibawah nama pertubuhan yang kononnya mencerminkan Islam. Jika kita ingin menawarkan diri tergolong dalam kelompok pejuang islam, lihat diri kita dahulu. Layakkah?
Andai kita rasa layak, berusahalah diri agar berubah sekiranya kita sudah didalam saf perjuanagan. Bukannya sekadar topeng yang menggunakan nama pertubuhan untuk tujuan yang bukan-bukan atau untuk tujuan mungkar.
Sama-sama kita fikir, sama-sama kita renungkan….

Tak tahulah sama ada anda faham atau tidak dengan entri aku kali ini. Kalau tak difahami, nanti lain kali aku cuba sampaikan dengan cara yang mungkin boleh memehamkan setiap orang yang membaca.. Sekian..

Notakaki : lama tak update blog nih...


11 Si Pembebel to "Sama tapi tak serupa"

Social Share!

Get Social Share 2.0!