Assalamualaikum...
Ok, sekarang adalah mood untuk berbicara bab agama.. Aku tertarik utk bercerita bab zihar, ni pon terpikir masa malam tadi masa tengah tengok MU vs Barca.. bertekak gak kami pasal Zihar ni.. Ok, aku nak share ngan korang sikit ilmu ea...


Aku terangkan dengan kata yang paling simple utk semua faham...


"Zihar" adalah dr bahasa arab. Pengertian bahasanya ialah "belakang" dan pengertian secara syara' plak membawa erti suami yg menyamai isterinya dgn wanita yg HARAM dikahwininya..


Ayat2 yang selalu org guna masa zihar seperti, "yang, perut awak sama la dgn perut mak saya.." atau "darling, belakang awak macam belakang mak sayer jer..." atau " Minah, apasal peha awak macam mak saya? sebijik!!"


Ok, tu adalah ayat2 atau dialog2 zihar.. Hukumnya adalah HARAM! dan HARAM hukumnya dia bersetubuh dgn isterinya... selagi dia x membayar/melakukan hukuman2 kat bawah ni...


Hukuman yang perlu dilakukan oleh suami ialah 


1. Memerdeka kan 10 orang hamba..
kalau x mampu.....


2. Puasa 2 bulan berturut2 tanpa berselang sehari pun
kalau x mampu gak.....


3. Sedekah secupak kpd orang2 miskin 
kalau x mampu gak.....


4. Korang hantuk kepala kat dinding kuat2...
(yang ni tipu jer ea)


Sebagai suami, dilarang menyamakan anggota badan isteri anda yang diharamkan bukan mahram melihatnya dengan orang2 yg haram anda kahwini. contohnya, seorang suami menyamakan pinggul isterinya dengan anak perempuanya atau dengan akaknya atau dengan emaknya atau dengan neneknya atau dengan makciknya dll..


Kalau korang pernah buat, sila la g pejabat agama dan sila sahkan lafaz korang tu.. makne nyer, pergi pejabat agama dan mintak nasihat mereka sama ada jatuh atau x zihar tu... ditakuti, apabila anda dah menziharkan isteri anda dan anda buat dono~ jer, silap2 nanti, dapat dosa berzina dgn isteri... nauzubillah~


sumber : http://www.unitagamakmb.com / Utusan Malaysia
            
NotaKaki : sebagai seorang suami, setiap apa yang dilafazkan tu amatlah perlu dititikberatkan. jangan maen cakap jer...


Social Share!

Get Social Share 2.0!