Salam semua.. Walaupun hari ni aku sangat sibuk dengan perkara-perkara yang penting/wajib, tapi aku gigihkan diri nak taip satu entri pasal maulid Nabi junjungan kita Muhammad Rasullullahi Sallallahu a'laihi wasallam atau Hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad.

Tanpa Baginda, memang tak begini lah kita sekarang, Kalau nak bercerita jasa Baginda terhadap kita, memang 10 hari 10 malam tak tentu lagi habis.

Jadi, untuk kali ini, aku ingin mengajak semua agar kita mengenang saat kelahiran nabi kita Muhammad S.A.W. Nabi terakhir dan penghulu segala nabi. Bagi aku, walaupun kita ni jenis yang tak berapa nak ikut islam sangat, sekurang-kurangnya, kalau tiba time2 macam ni, kita cuba lah buat sesuatu yang selama ini kita jarang/tak pernah buat (selawat).

Biar la orang nak cakap bida'h ke, sesat ke, haram ke, lantak pi depa lah. Masa maulid nabi ni kita bukan buat benda x senonoh pon. bukannya kita buat kerja dosa. Tak payah nak semangat berarak-arak bagai. cara senang, korang download kat 4shared tu selawat, dan korang pasang kat laptop. sekurang2nya mesti korang terikut nak baca sekali even dalam hati. ulang la berkali-kali. Kalau nak sedap, download yang ada muzik (nasyid).

Moga usaha tu akan dapat balasan walaupun seciput dari Allah. Kalau ikhlas, even benda tu sgt simple, Allah akan berikan lebih dari tu Insyaallah..

Aku tinggalkan anda dengan satu nasyid best. kalau korang gagap giler nak ingat pasal fakta kelahiran nabi, korang hafal lagu ni pun dah cukup.


NotaKaki : baju tak iron lagi, jup lagi nak pergi solat jumaat dah. adui~~


0 Si Pembebel to "Salam Maulidul Rasul..."

Social Share!

Get Social Share 2.0!