Salam hormat semua.. Hari ni 11 Julai 2012. Tq buat mereka-mereka yang ucapkan selamat hari jadi semalam kat FB juga di handphone dan ketika berjumpa di pasar malam.. Dah 22 tahun aku hidup dimuka bumi ini.. Alhamdulillah..

Lama sungguh tak berkesempatan nak menaip entri. Kalau ikut kiraan, dah 106 hari aku tak sentuh atau bukak langsung blog ni. Ada orang cakap, dia nampak aku selalu meng"update" blog. Kalau blog ni dia tujukan, memang tak la. Sebab sekarang aku memang malas nak perah otak untuk menaip walhal banyak benda nak ditulis.

Ok, abaikan hal-hal tersebut. kembali pada tajuk. Perasan atau tak, tinggal tak sampai dua minggu kita nak berpuasa. Ramadhan kembali lagi. Adakah kita sempat nak meraikan ramadhan kali ini? Insyaallah.. Itu je yang mampu aku jawab. Mana yang belum berganti puasa tu, cepat-cepatlah topup. Mana yang belum bersedia tu, lekaslah sediakan apa yang patut untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini..

Doa aku agar aku, anda dan mereka sempat dan dapat menghabiskan bulan puasa tahun ini. amin~

NotaKaki : Cuba mengubah kepada Strept Akiera yang lebih baik.. caakkkkk!!


0 Si Pembebel to "Tinggal Beberapa hari Jer Lagi"

Social Share!

Get Social Share 2.0!