Wah!! besar sungguh angan2 dan kata2 dari Hang Tuah ni an. Tak Kan Hilang Melayu Di Dunia. Tapi hakikat....hanya Tuhan saja yang tahu. Apabila dilihat, dipandang dan dijeling, rupanya seakan bangsa lain, gayanya umpama orang asing. namun, tertera di I/C, perkataan "MELAYU". Kita sering mengaku, "Aku Anak Melayu".. "Aku Bangsa Melayu". tapi hakikat, itu hanya sekadar retorik lapuk yang hanya bermain pada nada2 sumbang. Aku kali ni bukanlah nak Mengondemkan orang melayu ni, aku sendiri pon berstatuskan melayu. tapi, aku x berpuas ati sangat dengan bangsa aku sendiri. semakin hari semakin parah dihanyut ombak2 dunia.

Orang melayu pantang tengok bangsanya maju.
Yeah, tepat sekali. Pantang tengok orang sebangsa maju dan terkehadapan. saling jatuh menjatuhkan orang lain. hidup bermusuh-musuhan. dengki-mendengki. Ini kah yang kita banggakan? sepatutnya, kita sebagai sesama muslim dan sama bangsa seharusnya saling tolong bantu membantu. kalau kita diatas, hulurkan bantuan utk orang dibawah. kalau kita dibawah, cari ilmu utk naik keatas. bukan naik dengan cara busuk dan kotor.

Orang Melayu Semakin Manja
Tepat. orang melayu dipandang oleh bangsa lain sebagai manja. apa yang diminta, akan diberi. nganga mulut sahaja, pasti ada yang menyuap. hanya tunggu nak telan. nak kunyah pon orang lain buatkan. x seperti bangsa lain. hidup tanpa banyak pilihan. berusaha gigih demi meningkatkan taraf hidup masing2.

Orang Melayu X Reti Bersyukur.
Yes. Kita tengok zaman sekarang. melayu dah semakin terkebelakang. dah macam2 keistimewaan diberi. dah macam2 bantuan disalurkan. tapi.....? kita sepatutnya bersyukur atas keistimewaan yang x didapati oleh bangsa2 lain. Namun, kita hanya pandang sebelah mata. kalau diikutkan, terlalu banyak keistimewaan yang diperoleh oleh bangsa melayu ni. banyak sangat. kita sepatutnya menadah tangan tanda bersyukur dan memanfaatkan kesemua kelebihan itu menuju kearah kebaikan bukn kehancuran.

Orang Melayu Menikam Melayu
Betul. pernah dengar istilah 3 Line, Perkida dan mcm2 pertubuhan2 yang dikatakan memperjuangkan kebajikan melayu. tapi?? sedih sangat bila dengar budak melayu dipukul oleh salah 1 pertubuhan2 tu. sepatutnya, mereka2 ni berfikir utk memajukan nbangsa sendiri, bukan nak mengaut keuntungan dan kelebihan dari bangsa sendiri.

Melayu Angau Dalam Dunianya Sendiri
Benar. kita tengok dunia sekarang. kes dadah, zina, khalwat, buang anak, kawin lari, ragut, bunuh, dll, mejoriti adalah MELAYU.. i repeat again, MELAYU. knp jadi macam ni? Parah aku tengok kes2 cam ni semakin di manipulasi oleh bangsa aku sendiri. cukuplah kita menitiskan air mata diatas kelemahan bangsa kita. jangan ditambah lagi kudis2 yang semakin lama semakin bernanah ni..

Melayu Lupa Daratan
Kacang lupakan Kulit. tepat sekali istilah tu. korang tengok sendiri bgaimana situasi anak2 bangsa kita yang dulunya taatkan ibu bapa, soleh dan solehah, baik, alim, kemudian bertukar menjadi orang lain setelah keluar dari kepompong dunia lamanya. cepat benar mereka berubah. dah lupa asal usul. Si Tanggang, Si Tonggeng, semuanya ada. haish, sudah2 la, buat2 la bertobat yer..

ok lah, aku x larat nak karang bnyak2. aku tertarik sgt nak tulis artikel ni sbb tengok terlalu banyak masalah dlm bangsa melayu ni. terlalu banyak kurap2 nanah2 kudis2 dan luka2 yang sepatutnya kita segera ubati. jangan tunggu parah baru nak ambik tindakan. Hancur.
Allah x kan merubah nasib sesuatu bangsa itu. tapi bangsa tu yg bertanggungjawab merubahnya sendiri.

ingatlah wahai bangsa2 melayu. bersyukurlah kpd Allah diatas nikmat2 nya yang terlalu bnyak x terhingga. jgn jadi seprti si tanggang yg lupa asal usulnya. Dr.M said, "Melayu Mudah Lupa" ya, melayu memang mudah lupa, dan menjadi tanggungjawab orang2 lain saling ingat mengingati. sayangilah bangsa kita ni..Peliharalah segala kelebihan yg kita miliki. (rujuk P.Persekutuan utk lihat betapa bnyaknya kelebihan peroleh menjadi bangsa melayu)

jom layan lagu ni jap.. dengar liriknya elok2 ea..




NotaKaki : Aku nk berkongsi ilmu sikit tentang takrifan Melayu mengikut Perlembagaan persekutuan (per.160 tafsiran:.
"Melayu" ertinya seseorang yang menganut agama islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, Menurut adat istiadat melayu dan-

(a) lahir, sebelum hari merdeka, di persekutuan atau di singapura atau ibu bapa telah lahir di persekutuan atau di singapura atau pada hari merdeka itu, ia berdomisil di persekutuan atau di singapura; atau

(b) ia adalah keturunan mereka tersebut;


Social Share!

Get Social Share 2.0!