Assalamualaikum...
Ok, sekarang adalah mood untuk berbicara bab agama.. Aku tertarik utk bercerita bab zihar, ni pon terpikir masa malam tadi masa tengah tengok MU vs Barca.. bertekak gak kami pasal Zihar ni.. Ok, aku nak share ngan korang sikit ilmu ea...


Aku terangkan dengan kata yang paling simple utk semua faham...


"Zihar" adalah dr bahasa arab. Pengertian bahasanya ialah "belakang" dan pengertian secara syara' plak membawa erti suami yg menyamai isterinya dgn wanita yg HARAM dikahwininya..


Ayat2 yang selalu org guna masa zihar seperti, "yang, perut awak sama la dgn perut mak saya.." atau "darling, belakang awak macam belakang mak sayer jer..." atau " Minah, apasal peha awak macam mak saya? sebijik!!"


Ok, tu adalah ayat2 atau dialog2 zihar.. Hukumnya adalah HARAM! dan HARAM hukumnya dia bersetubuh dgn isterinya... selagi dia x membayar/melakukan hukuman2 kat bawah ni...


Hukuman yang perlu dilakukan oleh suami ialah 


1. Memerdeka kan 10 orang hamba..
kalau x mampu.....


2. Puasa 2 bulan berturut2 tanpa berselang sehari pun
kalau x mampu gak.....


3. Sedekah secupak kpd orang2 miskin 
kalau x mampu gak.....


4. Korang hantuk kepala kat dinding kuat2...
(yang ni tipu jer ea)


Sebagai suami, dilarang menyamakan anggota badan isteri anda yang diharamkan bukan mahram melihatnya dengan orang2 yg haram anda kahwini. contohnya, seorang suami menyamakan pinggul isterinya dengan anak perempuanya atau dengan akaknya atau dengan emaknya atau dengan neneknya atau dengan makciknya dll..


Kalau korang pernah buat, sila la g pejabat agama dan sila sahkan lafaz korang tu.. makne nyer, pergi pejabat agama dan mintak nasihat mereka sama ada jatuh atau x zihar tu... ditakuti, apabila anda dah menziharkan isteri anda dan anda buat dono~ jer, silap2 nanti, dapat dosa berzina dgn isteri... nauzubillah~


sumber : http://www.unitagamakmb.com / Utusan Malaysia
            
NotaKaki : sebagai seorang suami, setiap apa yang dilafazkan tu amatlah perlu dititikberatkan. jangan maen cakap jer...


Salam semua, bulan ni memang aku x bape terfikir nak update entri disebabkan proses pemulihan mentel dan proses hibernation. haha.. lagipon urusan utk uruskan pendaftaran untuk sem ni agak kacau bilau sikit. Asenye x terlambat nak ucapkat Welcome kepada semua junior2 baru yg baru mndaftar masuk KUIS sem ni.. (ayat seorang senior yg prihatin) Muahahaha...

Ok, kembali ke pangkal jalan. Aku teringat 1 berita apabila terdengar khabar angin mengatakan makanan kat IKEA tu haram... (meat ball). aku pernah makan kat situ 4 kali. sedap gak lar~
Ok, kalau mengikut 1 hadis yg pernah aku belajar, Dari rasulullah, yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, ditengah2 nya itu adalah syubhah. (aku dah lupe la matan hadis ni)

Dan masa aku study "Qawai'd Fiqqhiyyah" @ kaedah Fiqh dulu, ade 1 formula ni, "halal bercampur haram maka ia haram...." contohnya, korang buat kek, semua bahan2 adalah halal, tapi korang letak setitik arak dalam tu, maka ianya haram dimakan. walaupon sikit. sebab 1 hadis sahih ada cakap, yang haram tetap haram walaupun ia sikit atau banyak"

Ok, tapi ada 1 kaedah laen menyatakan, "benda yang haram akan jadi halal kalau berada dalam benda halal" see that.. sebenarnya itu yg seorang junior aku tny... apa kesinambungan antara kaedah ni ngan kaedah diatas.

Bab2 halal haram ni memang jadi isu hangat sekarang ni an.. dan yang paling aku panas nye, semakin orang ramai risau, semakin banyak khabar angin tersebar. kononnya produk ini x halal... produk ini ade babi... produk ini ada geletin haram... macam Fish Dow!!

Menyebarkan fitnah lebih dahsyat dari korang makan benda haram. kalau bnd haram, ia antara kau dengan tuhan. kau boleh mintak ampuntaubat. kalau fitnah, ko antara manusia n manusia. n dosa antara manusia ni x kan terampun selagi tiada kemaafan.

Sebelum buat atau sebarkan apa2 fakta, tolong la check dulu.. jangan ikut suka hati jari menulis atau copy paste. pastu sebar kat FB n blog.. ayo~

Pernah aku tersentap masa org cakap McD ni haram. Fish!! aku dah la peminat McD. last2 aku check JAKIM, diowang menafikan pengharaman McD. camtu gak dengan produk yang ade tulisan E72.. kononnya ade produk babi n semua adalah haram. ni pon 1 lagi ngek. kalau nk bg tau orang, check dulu portal JAKIM.

Sebab apa kene rujuk JAKIM? sebabnya diowang je yang tahu dan arif pasal produk kat Malaysia ni.. so, wat pe nak serabut2.. kalau rasa was2, rujuk je. kalau x de better x payah makan. kalau dia cakap halal, so makan je lar, senang an.

Tak semestinya x de logo halal itu adalah Haram. dan x semestinya logo halal dari negara lain itu adalah x sah. kadang2, sikap stereotaip umat manusia ni membuatkan mereka lebih jahil dan dipandang kebelakang..


Dari korang menggelabah cari haramnya bahan2 dalam produk, better korang pentingkan jugak halal kat hotel nih.. apa korang makan, korang seminar, weding kat hotel, yang tu korang x pandang series plak an. haish....


NotaKaki : Risau sangat makan benda haram. tapi maen judi, berzina, memfitnah, yang tu x risau pulak.. anak bini x dijaga, last2, apa pon x dapat.. Werrkkk~


Isu tudung skrg mmg jd isu.. termasuk la kat kolej aku.. em,
Tapi, aku ade pendapat aku sendiri pasal isu ni.. (pendapat yg x sure betul or tak)


sebelum tu, aku nk remind peristiwa masa kat kelas Qawaid Fiqhiyyah (kelas ustaz Kamarul)
Dia ada cakap dalam kelas tu pasal isu tudung.. dia bagi 2 situasi..


Situasi satu 
ade student perempuan datang bilik dia n dia (ustaz) suruh pmp tu balik hostel n tukar tudung.


Situasi dua
ade student perempuan dtg bilik dia (pmp laen) n pakai tudung pendek, tapi ustaz x suruh pon dia tukar.


Pastu ustaz tu terangkan secara x rasmi lar.. dia cakap, pemakaian tudung mengikut keadaan seseorang..


Ok, dari kenyataan tu, aku dapat 1 ilham. Bg aku, aku lebih menyarankan mana2 pmp pakai tudung bidang 60 or bidang 50 n pin kan kat bahu hujung tudung tu..


Sebabnya, tudung tu lebih sesuai utk melindung buah dada anda dr terzahir. sesuai utk mereka2 yg mempunyai buah dada saiz besar, sederhana atau kecil.. bagi yang mempunyai saiz yang agak besar, aku x syorkan sangat pakai tudung bulat. sebabnya, tudung bulat tu lebih menzahirkan bentuk buah dada anda. x caye cube korang bandingkan.


Bagi yang mempunyai buah dada kecil, x kisah sangat nk pakai tudung jenis bawal ke, talapia ke, keli ke, yg pasti jangan jarang n tudung tu lepas parah buah dada anda (dada).. =)


Yang tudung2 jenis shawl tu aku x sure mcm mana, rasanya mcm x cukup syarat (sepertimana yg dinyatakan dalam Quran). Tapi islam x halang korang berfesyen.. pakai la shawl, n sekalikan dengan selendang di bahu.. agar dada anda ditutup.. ala, pakai mcm mak2 datin sllu pakai tu..


sekian sampai disini dulu..


NotaKaki: kalau ade org cakap:
 "ala, sekurang2 nye aku pakai tudung walaupon x cukup syarat. at least aku pakai tudung dr x pakai.


aku samakan dgn situasi ni:
 "ala biarlah aku nk beromen pon, at least dia pakai kondom..dari x pakai pape..."


*ni hanya pendapat saya...   :)   wink~


Social Share!

Get Social Share 2.0!