.A.R.A.B.
Tuan Tanah
- Strept Akiera
- [seorang yg amat pemalu tapi amat suka mengarut.. susah mendekati tetapi senang didekati....Aku giler, jgn tiru cara aku
Arkib Penulisan
Blogger Lain
-
BETUL KE BERCOUPLE ITU HARAM ??1 day ago
-
:: Slumber ::3 days ago
-
Happy 23rd Birthday To Me6 days ago
-
:: SRN Jejak Anak Bangsa ::3 weeks ago
-
Hari PeKerja ( 1 MAY 2012)4 weeks ago
-
-
-
Room Service.5 weeks ago
-
-
yunalis zarai6 months ago
Aku sebenarnya tak tahu nak bagi tajuk apa untuk entri kali ni... 5 minit lebih aku termenung semata-mata nak pikirkan tajuk. Last2 aku buat "Entri Tiada Tajuk". Senang cerita..
Untuk Muqaddimah, aku berterima kasih kat stesen2 radio yang mengudarakan lagu2 korea even ramai yang x suka ngan aliran K-Pop ni.. ah, abaikan mereka-mereka yang xsukakan K-Pop nih.. Biarkan mereka dengan aliran mereka.
3-4 hari ni aku memang tidur lewat sikit. Sedangkan ketika aku menaip entri ni, jam kat laptop aku menunjukkan pukul 4.29am. Ni semua Danau Kota punya pasal. gigih kot pergi sana n pukul 3 lebih baru sampai Bangi semula. ok, tinggalkan kisah Danau.
Sedang layan ERA.fm aku terdengar, banyak la lagu2 korea (K-Pop) dimainkan. ok, secara peribadi memang aku suka. Suka sangat lar, (terbayang girl generation kat screen laptop aku).. Lagu2 seperti :
Diatas ni antara lagu2 yang sempat aku print screen la..
Ya, memang aku suka, sebab lagu2 tu pun termasuk dalam list lagu feveret aku. Tapi apa yang aku kurang suka, setiap hari lagu2 yang sama je diulang2 setiap hari. Tukar la lau lain pulak.. Em....
NotaKaki : xde nota kaki untuk entri ni. hehehe jam dah pukul 4.40.jom tido~~ :)
Sebagai bekas kanak2 zaman 90an, aku merasa banyak benda yang mungkin jarang ditemui sekarang. Bukan setakat permainan, macam2 lagi benda yang dulu ada n sekarang dan jarang. Itu bukan bermaksud kita melupakan yang lama,tapi itu adalah desakan zaman yang terpaksa kita terima. kerana zaman/masa bergerak dan meninggalkan yang lama. Mungkin juga disebabkan kekangan2 lain.
Kalau zaman kanak2 dulu (zaman sekolah rendah), aku tinggal di kawasan Felda dan kadang2 di bandar, maka kehidupanku banyaknya bersama rakan2 di kawasan felda. disekitar rumah aku saja ada lebih dari 7 orang kanak2 yang sebaya atau hampir sebaya dengan aku. maka tak susah nak berhubung dan menjalankan apa2 aktiviti.
Waktu petang dan hari cuti adalah waktu emas bagi kanak2 seperti aku dulu.. Kembali pada tajuk, aku akan kaitkan dengan perenggan ini. Permainan yang popular waktu aku zaman kanak2..
1. Police entry.. Mainan ni popular bagi kanak2 lelaki. sambil naik basikal @ tanpa basikal, main kejar2. 2 kumpulan dibentuk. 1 kumpulan mewakili pihak berkuasa n 1 kumpulan lagi penjenayah.. kalau tempat aku, permainan ni digunapakai dengan 2 cara. cara 1 (jika xde kenderaan) polis akan tangakap mcm tangkap org jahat tu. cara 2 (jika berbasikal) cara ni xdiminati sebab polis hanya akan laungkan nama penjenayah sbg tanda tertangkap sebab kalau nak kejar naik basikal memang tidak ler... masing2 kaki rempit.
2. Baling selipar.. Mainan ni selalunya main kat padang. selipar2 disusun menegak mcm piramid. Mainan ni tergolong dalam mainan kasar. 2kumpulan dibentuk. stategi harus disusun untuk mendirikan semula selipar yang jatuh. kumpulan 1 bertindak memegang selipar utama (yg digunakan utk balingan) n satu lumpulan lagi untuk menegakkan semula selipar. kalau salah baling, memang boleh buat gaduh. hahahaha... (bagi tau mak~~)
3. Baling tin.. Mainan ni macam baling selipar (spesis je) tapi susunan dia berbeza skit. kene ada 10 tin dan perlu menyusun ikut sususan 4..3..2..1 cara bermain lebih kurang sama dengan yang atas.
4. Bola Rounders.. Mainan ni femes kat US, tapi masa dulu, xde la pulak terpikir mainan ni femes ke, x femes ke, dalam maianan ni macam besball gak lar.. iras2. 2 kumpulan perlu dibentuk. (cara ni xde la terikat dgn peraturan permainan sebenar, ia merupakan cara tersendiri). Selepas pukulan dibuat, mereka perlu memusing bulatan n kalau letih/terpaksa, boleh stop kat mana2 perhentian (chck point)..
5. Galah panjang.. kalau kat tempat aku, diowang panggil "maen tol" tak tahu la mana dapat nama "tol" tu. permainan ni kena gunakan kawasan yang luas dan kena ada garisan berpetak2. kena ada 2 kumpulan. kumpulan yang menjaga dan kumpulan yang perlu meredah setiap petak2 itu. untuk lanjut cara permainan ni, klik sini.
6. Konda-kondi.. Mainan ni tak banyak sangat budak mainkan. Cara mudah. Korekkan satu lubang kecil dan perlu ada dua batang kayu. kayu pendek dan kayu panjang. kumpulan yang menguis perlu berfikir untuk menguis kayu pendek agar gagal ditangkap oleh kumpulan yang satu lagi..
7. Baling Bola Rounders.. Mainan ni mainan lasak. perlukan 2 kumpulan dan sebiji bola rounders. Kumpulan A yang bertindak memegang bola perlu membaling kearah kumpulan B (mangsa). so, main kejar2 la.. Lepas je main benda alah ni, komfem badan sakit-sakit.
Ok, nanti aku sambung lagi untuk entri seterusnya. Mainan ni bermusim. Ia juga mengikut tingkat umur. nanti aku kasi beberapa mainan lagi yang dimainkan oleh kanak2 dan dimainkan kat sekolah.
Muzik 1st tu dah ok, start dia menyanyi, perhhh~~ pecah gegendang telinga aku. aku tanya kat roommate aku ni, lagu pe dia pasang, he said, "hamil duluan" what the f***ing song tittle??
One more song is "janda tujuh kali" alamak!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Stressssss ar dengan lagu-lagu macam ni..
Macam aku kata kat atas, lagu melayu pun termasuk dalam senarai lagu damn yang aku f**k giler. antaranya lagu ni,
by Forteen. lagu ni aku rasa lagu bagi orang yang dibodohkan cinta. sampaikan tak boleh fikir dengan waras dan boleh membodohkan diri. Bait-bait lirik dia menyebabkan aku rasa diri aku bodoh apabila menyanyikan lagu ni. Mulai saat tu, aku jadi segan nak nyanyi even lagu ni sedap didengar.
kedua :
by Spider. sebuah kumpulan yang aku minati, tapi lagu ni totally damn. otak aku jadi parah untuk menghadam maksud bait-bait lirik dalam lagu ni. Tak caya? korang cari lirik dia dan nyanyi ikut lirik. Aku rasa lirik dia sangat bersepah, tak harmoni dan xde sastera langsung. Hampeh!!. even lagu ni mcm best je kan dan sesuai dgn cerita feveret aku vanilla cokelat. tapi tu bukan tiket untuk aku minat lagu semak ni.
ketiga :
Cinta muka buku. masih termasuk dalam list aku. Aku totally xminat lagu ni. Maaf la yer... Dan termasuklah lagu semak ni :
Cinta muka bulu parody cinta muka buku kot... erkk~
Ok, dah cukup la untuk kali ni, nanti aku sambung untuk masa lain bagi lagu-lagu bahasa lain pulak. sebelum aku tinggalkan korang, Aku nak list kan lagu yang tak masuk carta, tapi aku still Tak Suka even orang cakap group dia agak-agak islamic. Toing lar~~
Yeahhh...Wali Band. aku tak suka lagu ni.. lagu lelaki terdesak nak isteri/makwe. TERDESAK!!! wahh~ dan lagu ni versi lain,
Tukar la versi arab gelek2 ke, kalau tak suka tetap tak suka!!!!
NotaKaki : korang boleh "damn"kan muzik-muzik feveret aku, maka aku tanpa segan silu boleh buat yang sama gak. hahahahahaha~~
Ceh..tajuk macam ape je kan.. macam buat rombongan cik kiah pulak..
Aku sebenarnya ke klinik kerana tak tahan dengan kesakitan yang dialami ni. Aku pun tak pasti pada awalnya. Simptom2 yang aku dapat :
1. Nak kencing sangatlah sakit. (sampai mengerang & mengalir air mata woo)
2. Kerap kencing. jarak dalam 15minit. dan air kencing pulak, memang ciput je keluar.
3. Ada darah dalam air kencing
4. Ada lendir!!! (eeeeee....)
Aku pergi makmal klinik tu, buat urine check, dan keputusannya, Doktor tu kata kemungkinan aku kena batu karang atau radang salur kencing. woo~
Pastu dokter tu ckp, "awak ada buat apa2 hubungan seks tak sebelum ni?"
i said "NO!"
dia cakap, dalam air kencing aku ada lendir2.. ada kuman.. n dia suruh aku habiskan semua (bermakna bermacam-macam) ubat. Kalau dah habis tapi masih sakit, dia suruh datang semula. Sebab maybe penyakit yang lebih serius dari tu. Dangg!!
Last, dokter tu nasihat,
1. Jangan merokok (ok, aku xmerokok)
2. Jangan buat hubungan seks (ok, aku x buat)
3. Jangan minum air berkarbonat even 100plus (ok, aku selalu)
4. Jangan makan makanan segera (ok, ni aku selalu)
Kepada anda yang ada rasa simptom2 macam aku, segera lah ke hospital terdekat... jangan sampai melarat..
| aku kasi zoom sikit.. |
Dalam sejam lebih macam tu, si Az ni turun. menangis-nangis. time tu aku tak berani nak bukak selimut. Dia masuk bilik n terus ke tilam. Baring sebelah aku. Aku diam tak cakap pape. Yang aku dengar, bunyi merintih sambil sedut hingus... Lama gak sampai la dia diam. aku bukak selimut n tengok dia dah berselubung ngan selimut biru bunga-bunga dia. dalam hati aku time tu, dia ok tak?? ada darah2 tak?? Last2 aku pun tertidur gak sebelah dia.
Salam semua.. Walaupun hari ni aku sangat sibuk dengan perkara-perkara yang penting/wajib, tapi aku gigihkan diri nak taip satu entri pasal maulid Nabi junjungan kita Muhammad Rasullullahi Sallallahu a'laihi wasallam atau Hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad.
Tanpa Baginda, memang tak begini lah kita sekarang, Kalau nak bercerita jasa Baginda terhadap kita, memang 10 hari 10 malam tak tentu lagi habis.
Jadi, untuk kali ini, aku ingin mengajak semua agar kita mengenang saat kelahiran nabi kita Muhammad S.A.W. Nabi terakhir dan penghulu segala nabi. Bagi aku, walaupun kita ni jenis yang tak berapa nak ikut islam sangat, sekurang-kurangnya, kalau tiba time2 macam ni, kita cuba lah buat sesuatu yang selama ini kita jarang/tak pernah buat (selawat).
Biar la orang nak cakap bida'h ke, sesat ke, haram ke, lantak pi depa lah. Masa maulid nabi ni kita bukan buat benda x senonoh pon. bukannya kita buat kerja dosa. Tak payah nak semangat berarak-arak bagai. cara senang, korang download kat 4shared tu selawat, dan korang pasang kat laptop. sekurang2nya mesti korang terikut nak baca sekali even dalam hati. ulang la berkali-kali. Kalau nak sedap, download yang ada muzik (nasyid).
Moga usaha tu akan dapat balasan walaupun seciput dari Allah. Kalau ikhlas, even benda tu sgt simple, Allah akan berikan lebih dari tu Insyaallah..
Aku tinggalkan anda dengan satu nasyid best. kalau korang gagap giler nak ingat pasal fakta kelahiran nabi, korang hafal lagu ni pun dah cukup.
NotaKaki : baju tak iron lagi, jup lagi nak pergi solat jumaat dah. adui~~

















Get Social Share 2.0!