(Natrah a.k.a Bertha Hertogh)

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie dan adiknya Benny dan Karel..

Praktikal aku tinggal lagi seminggu 3 hari.. tadi memang busy tahap gaban. kes cerai berbelas2, hadanah pon ade, harta sepencarian dan kes2 fasakh. masa lepak2 tadi, aku sempat berdiskusi dengan staf2 kat sini pasal kes Natrah. itu pon selepas aku melihat dalam internet pasal kes ni. rupanya kes ni pernan menjadi ISU PANAS satu ketika dahulu. Mungkin ada yang x tahu. dan mungkin ada yang tahu tapi malas nak ambik tahu. Strept mula2 tahu dulu pon masa tengok Majalah 3 kat TV3.. hihi Rupanya baru Strept tahu yang Isu Kes natrah ni merupakan satu Isu yang besar dan pernah dibentangkan sebagai kertas kerja dalam seminar2 undang2..



Kes Natrah bermula masa zaman penjajahan British kat Malaysia (dulu Tanah Melayu).
Berketurunan Belanda. Mak ayah dia kristian. Bapa dia ditangkap oleh tentera jepun. pastu Natr
ah diserahkan kat saorang wanita bernama Che Aminah. Masa tu Che Aminah bekerja kat Indonesia.

Kemudian dia berpindah ke Terengganu membawa Natrah. Masa zaman kejatuhan Jepun (waktu Hiroshima di Bom) bapa Natrah di bebaskan dan dia pula ingin mencari Natrah. Apabila dia dapat tahu Natrah berada di Malaysia (Tanah Melayu), dia nak semula hak penjagaan anak dia tu.


Atas muslihat jahat Sarjan Hertogh, Natrah dibawa ke Singapore dan dibicara kat sana. Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Singapura dan Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York
Hill,Singapura..

Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co dan kes tu menang.
peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

disebabkan takut peristiwa berulang kembali, Che Aminah kahwinkan Natrah dgn Mansor
Adabi. Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak.

Mahkamah x menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

Pastu Hakim jatuhkan yg Natrah mesti ikut bapanya dan kembali ke Belanda. Waktu tu, timbul la tragedi rusuhan membantah keputusan hakim di Singapura dan Tanah Melayu. Untuk pengetahuan korang, kisah sedih Natrah tidak berakhir di situ, sejak dihantar pulang ke Belanda, dia
menempuh pelbagai dugaan demi dugaan dalam hidupnya.

Pernah Natrah dihadapkan kemahkamah kerana tuduhan cuba membunuh suaminya.




(komen)
Melihat kepada konflik undang-undang yang berlaku dalam kes Natrah ini, kita dapat menyaksikan bagaimana perjuangan memartabatkan Undang-undang Islam yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim (juga merupakan peguam dalam kes tersebut).
“We should be confident of the superiority of Islamic Law because its basis comes from revelation from Allah Who is Wise and All Embracing in His Knowledge. As student and practicioners in the law we have seen how many principles of English Law, especially in the family law, have been amended so that they have nearer to those of Islamic Law”*

ia turut menyingkap kepada sejarah kebangkitan sebuah bangsa, cadangan tindakan jawatankuasa persidangan, konflik undang-undang kes perbicaraan Natrah dan juga perjuangan memartabatkan undang-undang Islam.

(Ustaz Aku Cakap)
kesilapan muncul apabila Che Aminah membawa Natrah ke singapura. ketika itu, Undang2 Singapura menggunakan 100% Inggeris. dan undang2 disana akan menggunakan undang2 mana2 orang yang terlibat sekiranya mereka x bermustautin di Singapura. mksudnya, jika pesalah org indonesia, mereka akan diadili ikut undang2 indonesia.

Natrah sangat kecewa dengan arahan mahkamah dan dia diasingkan dari khalayak ramai. wartawan yg berjumpa dgn beliau amat bersedih selepas melihat keadaan Natrah yg menderita dan dia mempersoalkan kenapa Che Aminah dan Suaminya x datang menyelamatkannya. (padahal ketika itu Che Aminah dan suaminya dihalang dari melawat beliau)

Ketika tu Rusuhan dan tunjuk perasaan amat menjadi-jadi. semua membantah Natrah convert agama. disebabkan tragedi tu, Natrah berasa serba salah akan tragedi tu. lebih2 lagi, rusuhan itu menyebabkan banyak nyawa melayang. disebabkan keadaan terdesak, Natrah mengishtiharkan keluar agama..
Orang ramai mula menyalahkan pendirian Natrah.. Sedih..~

Natrah meninggal pada 9 Julai 2009. umur 72 tahun.

NotaKaki : bagi aku, Natrah x bersalah, mungkin dia serba salah dan x mahu orang berbalah disebabkan dia. isu keluar agama atau x, adalah urusan ALLAH.. mungkin dia TERPAKSA untuk keluar tapi hatinya masih pada Islam. Hanya Allah yg boleh Judge..

Rujukan :


0 Si Pembebel to "Kes Natrah dan Undang2 syariah di malaysia"

Social Share!

Get Social Share 2.0!