Salam sejahtera dan salam keamanan.. Moga kita selalu dibawah naungan Tuhan yg berkuasa atas alam ini.. Amin..

Strept nk bercerita pasal syukur dalam entri kali ni.. sepatutnya, pada saat dan tika ini, korang dah perlu bersyukur sebab diberikan umur dan kelapangan masa nak baca blog ni atau nak online internet.

Syukur tu amat luas perbahasannya. besar definisinya, umum pensyarahannya. tapi Strept nk ringkaskan seringkas yang mungkin utk anda faham konsep syukur.

Orang yg bersyukur, walau dpat RM100, dia will say "alhamdulillah" dan ia akan merasakan ia sudah cukup kerana memikirkan ia adalah tahap rezeki yg dikurniakan oleh Allah..

Orang yg x bersyukur, walau dpat RM1000000000000++, and he will say "ini atas usaha aku" dan tia x akan pernah merasa cukup sebab dia langsung tidak memikirkan tentang siapa yg telah memberikn nikmat itu.

yang terbaik ialah orang yang sentiasa mencari rezeki yang berlipat kali ganda dan syukur itu tidak lari langsung dalam hidupnya. malah ia membelanjakan hasilnya ke jalan yg diredhai dan turut berzakat.

so, kita dapat beza, orang yg x bersyukur, akan sentiasa hanyut dalam dunianya tanpa ada guard atau kawalan. akhirnya, harta2 nya mnjadi "lagha" dan akan memakan dirinya semula.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’”
(Surah Ibrahim, ayat ke-7)

Imam Ghazali, menerusi karya tersohornya – Ihya Ulumuddin – menyatakan bahawa syukur itu harus ada tiga elemen. Elemen pertama adalah ilmu, elemen kedua adalah perasaan dan elemen ketiga adalah amal.
Ilmu plak terbahagi kpd 3 iaitu :

-ilmu tentang nikmat itu sendiri (agar dia dpt memahami nilai nikmat itu)

-ilmu tentang siapa yang memberi nikmat. (agar dia kenal siapa yg mmberikan dia nikmat itu)

-ilmu tentang siapa yang mendapat nikmat tersebut (agar kita merasa rendah diri sbg penerima dan bukn pmberi)

Analogi rasa syukur itu begini; bayangkan kita sebagai rakyat Malaysia, tiba-tiba mendapat hadiah sebuah kereta BMW daripada Perdana Menteri Malaysia. Sekarang perhatikan, seseorang yang mendapat hadiah tersebut pastinya tidak akan dapat berterima kasih dan bersyukur kepada Perdana Menteri itu seandainya ia tidak mengetahui nilai BMW. Seandainya seseorang itu tidak mengetahui bahawa BMW itu adalah sebuah kereta yang mahal dan ternama, pastinya ia tidak akan menganggap pemberian itu sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Kemudian, pastinya seseorang itu juga tidak akan dapat berterima kasih dengan sehebatnya seandainya ia tidak mengenali bahawa yang memberikan kereta itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Ia juga mungkin tidak mampu untuk berterima kasih seandainya ia tidak mengenali dan menyedari bahawa dirinya cuma seorang rakyat biasa yang berdepan dengan pemimpin nombor satu negara. Namun, apabila ia menyedari ketiga-tiga perkara tersebut, maka pastinya ia akan mempunyai perasaan yang sangat-sangat gembira. Ia pasti akan memuji-muji Perdana Menteri itu. Seterusnya, ia pasti akan menggunakan kereta yang telah diberikan itu dengan sebaiknya untuk terus mendekati Perdana Menteri, mengucapkan terima kasih kepadanya dan memuji-mujinya. Ia pasti tidak akan menggunakan kereta itu untuk perkara yang dilarang oleh Perdana Menteri. Begitulah analogi rasa syukur yang sebenar.

kalau x faham lagi konsep tu, baca bnyak kali ea.. hihihi...
nak bersyukur ni susah.. tapi x mustahil kan, kan, kan....

NotaKaki : jom sama2 kita lahirkan rasa kesyukuran ni ea.. dapat sikit pon jadi la.. tu pon dah Alhamdulillah..




salam kesejahteraan semua. utk Post pertama ni, Strept nk luahkan perasaan GERAM tahap Atuk cipan kepada sesiapa yg menuduh Strept mencipta 1 lagi akaun FB dan menyamar sbg orang lain. Kononnya nama samaran tu adalah Malau Wee.. hahaha..

Strept pon x tau knp dituduh cam tu. em.. mungkin kami serupa??? TIDAK, mungkin kami senegeri atau senasib?? Oh, lagi TIDAK, yg penting, Strept Akiera masih Strept Akiera dan Malau Wee adalah Malau Wee.

Kat bawah ni antara beberapa ayat mase kami chatting pagi tadi. pukul 7.30 pagi. Online dari Cameron.. Bertempat di sebuah apartment dan ketika itu diatas katil. (ayat merata2)

(pagi tu tetiba dia on chat ngan Strept)

(ade sedikit luahan rasa hati. hahahahahahaha)

(Permintaan dr ku agar dia letak pic sebenar dia)

Lepas ni kalau anda2 x nak percaya, lantak la.. mls tol nk layan bnd2 remeh ni.. buang masa. x dapat pape pon.

Ok, tinggal pasal Malau Wee tu, biarkan dia dgn dunia dia. ni Strept cerita pasal Honey Moon. (sllunya utk pasangan lepas kawen) time2 ni la best utk mengeratkan lagi kasih sayang. haha..
Tapi ni honey moon laen.. disertai oleh 6 orang termasuk Strept, Niekman, Adi, Adib, Ikhwan dan Hafiz..

2 hari 1 malam kat Cameron Highland. korang2 dijemput dtg sini. hotel2 murah sgt2 (kalau rezeki baik la).. nk yg 150 kebawah pon ade. Apartmen kami duduk hanya RM13o.00. ade tandas, bilik ade 3, setiap bilik ade 2 katil queen. so total yg boleh masuk dalam 13 orang (sbb ade 1 katil double dacker). tv, astro, ruang tamu, peti dll sume disediakan. meja mahjung pon ade (bg sesapa yg reti main)..

Bilik x la secanggih hotel. ye la.. apartment.. mulanya nk book hotel gak. tapi sume full. yg tinggal hanya pakej2 mahal tuk kami. so mmg x sanggup ar.. yg penting apartmen tu boleh muatkan bilangan kami, ade tndas, ade tempat utk tido, ada TV pon dah kira ok. sbb bukan nk lama2 pon kat CH tu..

cume yg paling x best mase nk mandi pagi, water heater tetiba rosak plak. Masa mlm sblum tu ok, air pon hangat2 jer. sampai waktu nk ambik wudhuk subuh, perhhh!!!! air sejuk seh.. nk mandi pon pikir 100 kali. last2 hanya orang2 yg bela saka beruang kutub je yg mandi. kami yg normal x sangguppppp!!!! hahaha..

NotaKaki : x sempat nk g sume tempat sebab masa x cukup. Strept kene bergegas balik utk prepair brang coz esok dah nk balik KUIS.. taaruf nyer cerita..



(Natrah a.k.a Bertha Hertogh)

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie dan adiknya Benny dan Karel..

Praktikal aku tinggal lagi seminggu 3 hari.. tadi memang busy tahap gaban. kes cerai berbelas2, hadanah pon ade, harta sepencarian dan kes2 fasakh. masa lepak2 tadi, aku sempat berdiskusi dengan staf2 kat sini pasal kes Natrah. itu pon selepas aku melihat dalam internet pasal kes ni. rupanya kes ni pernan menjadi ISU PANAS satu ketika dahulu. Mungkin ada yang x tahu. dan mungkin ada yang tahu tapi malas nak ambik tahu. Strept mula2 tahu dulu pon masa tengok Majalah 3 kat TV3.. hihi Rupanya baru Strept tahu yang Isu Kes natrah ni merupakan satu Isu yang besar dan pernah dibentangkan sebagai kertas kerja dalam seminar2 undang2..



Kes Natrah bermula masa zaman penjajahan British kat Malaysia (dulu Tanah Melayu).
Berketurunan Belanda. Mak ayah dia kristian. Bapa dia ditangkap oleh tentera jepun. pastu Natr
ah diserahkan kat saorang wanita bernama Che Aminah. Masa tu Che Aminah bekerja kat Indonesia.

Kemudian dia berpindah ke Terengganu membawa Natrah. Masa zaman kejatuhan Jepun (waktu Hiroshima di Bom) bapa Natrah di bebaskan dan dia pula ingin mencari Natrah. Apabila dia dapat tahu Natrah berada di Malaysia (Tanah Melayu), dia nak semula hak penjagaan anak dia tu.


Atas muslihat jahat Sarjan Hertogh, Natrah dibawa ke Singapore dan dibicara kat sana. Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Singapura dan Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York
Hill,Singapura..

Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co dan kes tu menang.
peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

disebabkan takut peristiwa berulang kembali, Che Aminah kahwinkan Natrah dgn Mansor
Adabi. Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak.

Mahkamah x menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

Pastu Hakim jatuhkan yg Natrah mesti ikut bapanya dan kembali ke Belanda. Waktu tu, timbul la tragedi rusuhan membantah keputusan hakim di Singapura dan Tanah Melayu. Untuk pengetahuan korang, kisah sedih Natrah tidak berakhir di situ, sejak dihantar pulang ke Belanda, dia
menempuh pelbagai dugaan demi dugaan dalam hidupnya.

Pernah Natrah dihadapkan kemahkamah kerana tuduhan cuba membunuh suaminya.




(komen)
Melihat kepada konflik undang-undang yang berlaku dalam kes Natrah ini, kita dapat menyaksikan bagaimana perjuangan memartabatkan Undang-undang Islam yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim (juga merupakan peguam dalam kes tersebut).
“We should be confident of the superiority of Islamic Law because its basis comes from revelation from Allah Who is Wise and All Embracing in His Knowledge. As student and practicioners in the law we have seen how many principles of English Law, especially in the family law, have been amended so that they have nearer to those of Islamic Law”*

ia turut menyingkap kepada sejarah kebangkitan sebuah bangsa, cadangan tindakan jawatankuasa persidangan, konflik undang-undang kes perbicaraan Natrah dan juga perjuangan memartabatkan undang-undang Islam.

(Ustaz Aku Cakap)
kesilapan muncul apabila Che Aminah membawa Natrah ke singapura. ketika itu, Undang2 Singapura menggunakan 100% Inggeris. dan undang2 disana akan menggunakan undang2 mana2 orang yang terlibat sekiranya mereka x bermustautin di Singapura. mksudnya, jika pesalah org indonesia, mereka akan diadili ikut undang2 indonesia.

Natrah sangat kecewa dengan arahan mahkamah dan dia diasingkan dari khalayak ramai. wartawan yg berjumpa dgn beliau amat bersedih selepas melihat keadaan Natrah yg menderita dan dia mempersoalkan kenapa Che Aminah dan Suaminya x datang menyelamatkannya. (padahal ketika itu Che Aminah dan suaminya dihalang dari melawat beliau)

Ketika tu Rusuhan dan tunjuk perasaan amat menjadi-jadi. semua membantah Natrah convert agama. disebabkan tragedi tu, Natrah berasa serba salah akan tragedi tu. lebih2 lagi, rusuhan itu menyebabkan banyak nyawa melayang. disebabkan keadaan terdesak, Natrah mengishtiharkan keluar agama..
Orang ramai mula menyalahkan pendirian Natrah.. Sedih..~

Natrah meninggal pada 9 Julai 2009. umur 72 tahun.

NotaKaki : bagi aku, Natrah x bersalah, mungkin dia serba salah dan x mahu orang berbalah disebabkan dia. isu keluar agama atau x, adalah urusan ALLAH.. mungkin dia TERPAKSA untuk keluar tapi hatinya masih pada Islam. Hanya Allah yg boleh Judge..

Rujukan :


Social Share!

Get Social Share 2.0!