aku nak share sedikit ilmu yg aku dpat tuk bacaan korang. andai ade yg tersalah, boleh tegur n diperbetulkan. hhahahaha

ilmu yg aku nak share ni simple2 jer. tapi ade yg x tau. sedih giler ar. n aku hrap, kpd sesiapa yg rase dia x tau, sila ambik tau k,

dalam bulan pose ni, 1st aku nak ajar cara bacaan niat puasa yang betul. bace elok2. tajwid jaga er.


Lafaz niat puasa untuk 1 hari

Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa untuk Sebulan:

Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Penjelasan niat sebulan menurut Ulamak :
Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.



ok, tu doa untuk berpuasa. dan jgn lupe pulak ketika berbuka. jgn nak main sebat je makanan kat atas meja tu (bg yg mkn atas meja). baca doa dulu. baru la dapat keberkatan makanan tu dan puasa lebih sempurna.. =)

Doa berbuka untuk seorang :
Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa'alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa berbuka untuk berjemaah / sekeluarga / beramai ramai :

Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kami dengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Nota Kaki : akan dtg, tips semasa ramadhan k, tungguuuuu!!!



salam kesejahteraan semua, salam kemesraan dan salam keamanan.Insyallah 11 Ogos 2010 ni kita mula mengerjakan rukun Islam yg ke-3 iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan.
amalan wajib yg mempunyai 1001 rahsia. banyak pahala boleh kita kutip masa bulan ni, juga banyak amalan2 yg pasti menjanjikan PAHALA yg berlipat kali ganda..

so, bertekadlah kita dr sekarang, utk kumpul semangat utk membuat amalan2 kebajikan dan menambah amalan2 sunat. pakat2 tapau solat terawih yang penah kita tinggal dulu. hahaha..

tinggalkan dosa. klu x mampu pon, berusaha utk tinggalkan dosa. cuba sedaya upaya. insyallah Allah itu HIDUP dan PENYAYANG. dia tahu apa yg ada didalam hati hamba2 nya.. dan aku dgn rendah hati, nak mintak maaf kepada sesiapa yg ada disekitar aku atau yg brada jauh dgn aku, jika pernah diri ini membuat pape dosa kat semua dr segi percakapan, perlakuan, penulisan atau apa2 yg bisa menyinggung mana2 pihak k,

semoga Ramadhan kali ni memberi sejuta barakah kepada kita. dan bertindak sebagai penapis. agar selepas bulan ini berlalu, dosa kita sudah ditapis dan dibuang. Insyaallah...


NotaKaki : semoga kita dapat merasai kenikmatan Malam Lailatul Qadar.. dn semoga kita sempat hingga ke akhir Ramadhan.. amin~


Social Share!

Get Social Share 2.0!