Salam Sejahtera buat semua pembaca.. Sebenarnya blog ni masih dalam renovation besar-besaran. hahaha.. kira macam major renovation lar. Pemilik blog ni nak ubah segala-galanya untuk azam baru tahun nih. waaa~
Ok, disebabkan aku sekarang dalam Mood EXAM, maka segala xtviti blogwalking dan pengeposan entri agak terhad. mungkin dikurangkan 50% dari asal. Sebabnya, ni dah sem 6, so x mo la buat pape hal yang boleh merunsingkan. Dah lar My Mummy keluarkan arahan repair subjek2 yg bawah 2.5 Pointer. ahahahahahahaha sangat lar diriku TAK REDHA.. ada 3 subjek yg di "list" kan. x pe, arahan ibu selagi x bertentangan dengan agama adalah WAJIB DIIKUT yer!!

Teringat semalam. menjawab kertas Nizom wal Qada' Islamiyyah. atau dalam tulisan arabnya
نطام والقضاء الإسلامية
Dalam bahasa Melayu nyer dipanggil Sistem kehakiman islam.. so, susah ker?? owh!!! amat susah. lect langsung x bagi hint tajuk mana yg masuk. so, kene baca 1 buku penuh. Full arab. OMG!!!! aku bukan lar nak kondem, tapi sekurang2 nya, kan lebih baik bg hint tajuk2 pilihan. sebabnya, kami ni ade lagi paper2 yg 3 jam kredit. kalau x boleh buat??? mati lar jatuh CGPA.

Apa aku buat? aku mengaku, Bidang arab2 ni bukan pilihan aku. sebabnya, aku dulu kalau tidak dah sampai Sabah. study sana, tapi mak aku yg beria-iya nak aku study sini ambik islamic course, so, aku just dengar dan ikut.. (aku kan anak soleh) hahahaha

Exam semalam, aku just refer soalan 2010. sedih giler ar.. nak baca buku, haram nak buat. banyak ko tau x... beratus2 muka surat. dengan bahasa arab lagi. ayo~ exam pukul 2.30ptg. masa pukul 8pg, aku dah give up menghafal. habis 1 paper exam sem lepas aku hafal. cara terakhir aku bukak buku dan baca 1 per 1 tajuk secara rambang dengan menggunakan sedikit terjemahan yg aku buat masa dalam kelas. hadis, ayat quran, semua aku baca terjemahan, x baca pon yg bahasa arab punyer. sampai lar pukul 12.50, aku tutup buku dan pergi mandi.

Masa dalam dewan, macam2 aku pikir, dah la aku tertinggal hanset dalam raga motor. cis!!! aku memang lalai. ayah aku sllu bising kalau aku tertinggal barang2 nih. sllu gak dia cakap "kalau anu kamu tu leh bukak2, ntah mana2 la kamu tinggal kan!!!" ahha.. sungguh makan dalam. tapi aku dah kebal dgn ayat tu.. dah biasa dengar.

jam dah pukul 2.30, pengawas dah diam dari memekak bg arahan itu ini. aku open paper.. jawab 6 soalan dari 7. setiap 1 soalan ada 3-4 soalan kecil. masa tu aku runsing gaban dowh.. 2 soalan jer yg mampu aku jawab secara jaya. lagi 4??? aku ada masalah sebab x reti nak terjemah jawapan. aku pon duduk ler dalam dewan tu macam orang x de keje. tengok kanan...tengok kiri... masa dah berlalu sejam. Cis, aku still goyang2 kaki, jawapan x tulis2 pon.

Jalan akhir, aku dah TEKAD, aku dah REDHA, aku dah YAKIN.. aku tulis jawapan2 yg laen2 tu dalam BAHASA MELAYU. tapi tulisan jawi lar.. giler gempak an.. berani mati namanya. dalam otak aku masa tu, baik aku jawab cam ni dari tinggal kosong. so penuh la 5 soalan. lagi 2 soalan tu mmg aku x faham dan x boleh jawab. Pas keluar je dewan, aku msg sorang lecterer nih. aku pon dgn dia agak rapat.. dari A sampai Z aku citer.

Dia cakap, "kita dah buat dgn yakin, so kita terima je lar.. lagi pon itu lebih baik dari tinggal kosong. sebenarnya, menjawab dalam bahsa melayu ni lebih myakinkan pnsyarah. ini membuktikan pelajar tu faham dengan subjek dia. bukan sekadar meghafal membabi buta". Aku x tau nak cakap cam ne dah..

NotaKaki : Kat muka depan soalan tu x de plak dia tulis "ajib an asilah fil lughatul arabiyyah" atau jawab soalan dalam bahasa arab. hahahahaha~ harap2 Puan H menerima jawapan aku.. plesss!!


Social Share!

Get Social Share 2.0!