ok, aku nak story kat korang pasal 1 benda ni.. mungkin dah lama berlaku tapi kene sentiasa diingatkan agar semua manusia ni paham dan ambik iktibar. sebelum tu, perkembangan terbaru binatang ternakanku ialah.... x de pape perkembangan yang memberangsangkan lagi..huhu~ telur2 tu belum menetas. x sabar nak tengok baby2 keluar berenang2. haha.. setakat ni ade la sikit perubahan kat telur2 tu.. x pe, kita tunggu 2 3 ari lagi okeyh..


kembali ke usul asal.. Perpecahan tu satu benda biasa. zaman sekarang, segala macam parti politik mempropa dengan menyatakan membela nasib melayu (konon nya lar). maka tertubuhlah pelbagai jenis parti/pertubuhan yang nak mempertahankan bangsa melayu ni.. Aku ambik jalan mudah..korang nak gadoh, silakan. aku x sentap ar.. Sebab aku sedar, dari dulu lagi, perpecahan ni dah wujud dalam dunia islam yang sangat teguh dan kukuh. Islam boleh berpecah, x kan melayu x boleh.. tol x?


Sebelum aku sembang lagi kencang, aku nak bg sttment dulu. Dalam cerita kat bawah ni, x de kene mngena ngan pemburukan watak2 utama malah x de niat nak merendah2 kan mana2 pihak yang berjasa besar dalam islam. ok,


1st kita masuk bab perang saudara zaman khulafa'. Antara watak utama ialah Aisyah (isteri Nabi) dan Ali (khalifah 4/sepupu nabi).


-Masa ni, khalifah ke-3 (Khalifah Uthman) dibunuh dirumahnya. lalu Ali naik sebagai pengganti. Puncanya, simple. masa Ali naik menjadi pemerintah islam, Ali dengan kuasa Vetonya membuang ahli2 kabinet ketika itu (macam ahli2 parlimen lar). Lalu Ali menggantikannya dengan Ahli kabinetnya sendiri.. 
-Malangnya, Umaiyyah tergolong dalam mereka yang ter"deleted". Umayyah adalah saudara Saidina Uthman. Umayyah x puas ati ngan keputusan tu. 
-disamping tu gak, Ali merombak besar2 an konsep kerajaan ketika tu.. terutama pasal harta baitulmal.. lalu semua pihak yang terlibat x puas hati.. termasuk saidatina Aisyah.. hasil persepakatan Umayyah n Aisyah, diowang berpakat nak serang Ali.. SERANG!!!!!
-Lalu terjadilah PERANG JAMAL (perang unta)..
(kumpulan Aisyah kalah dan ramai yang mati terkorban. beribu2..)


2nd, kita msuk perang seterusnya pulak. Watak utama kali ni ialah Khalifah Ali dan Umayyah..


-Ali ni jenis improvise dalam semua perkara.. kan dia khalifah, so mmg kene alert lar.. masa ni, Ali dengan tegarnya memindahkan ibu negara islam yg dulunya di Madinah ke Kuffah..
-Dalam masa ni, masalah kematian Khalifah Uthman masih lagi terbengkalai. Umayyah semangat nak kes tu diselesaikan segera. tapi bg Ali, dia nak amankan dulu keadaan sebelum setelkan masalah tu..
-Umayyah dan pengikutnya x mengiktiraf Ali.. perang berlaku dengan dahsyat antara pengikut Umayyah dan pengikut Ali.bagi diowang Ali ni lembab dan x boleh wat keje..
-Makin lama berperang, diowang dah khbisan snjta. lalu Umayyah nak berdamai. tapi Ali x mo.. dia ckap tu helah Umayyah jer...
-Last2 Ali akur n diowang berdamai. Malangnya, x capai kesepakatan.. then diowang kembali bertelagah.. ramai yang mati masa nih..berpuluh2 ribu..
-Masa ni, ada pengikut Ali yang mula berpaling tadah. Diowang mula meninggalkan tentera Ali dan mereka ni lah golongan khawarij. Pengikut Ali plak adalah Syiah..
-Kat sini la perpecahan akidah mula terbentuk.. Isu kenaikan Ali pon dan memecahkan umat masa tu dengan kemunculan puak syiah.. kini terbentuk plak puak Khawarij..


Agak2 korang, cam ne penyelesaian isu kat atas tu??


Jawapannya, isu tu setel selepas Puak khawarij tu tekad bunuh Ali.. lepas Ali meninggal, Umayyah memegang tampuk pemerintahan dan keadaan kembali tenang..


Point yang aku nak ambik kat sini, kita ni walaupon dalam 1 kroni, x boleh membiasakan prinsip nepotisme melampau.. kronisme ni kene hapuskan.. Lagi 1, umat melayu ni x boleh terima pembaharuan yg pesat atau serta merta. karang mula la pakat melatah.. banyak sangat benda2 taboo yang mengengkang.. Adat dijadikan tunjang, padahal, kadang2 adat tu x perlu sangat. beria jer nak over2..


Aku bukan saje2 nak cerita kisah sirah kat atas tu. apa yang aku nak sampaikan, sesuatu puak tu akan berpecah belah gak kalau x kesefahaman. sedangkan pemimpin2 agung dulu pon x sebulu, inikan lagi kita.. haish..


NotaKaki : walaupon dari kisah atas aku bias kat Ali, tapi Umayyah merupakan ketua yang hebat gak.. tak tipu punya.. sampaikan tersebar megah kerajaan Umayyah yang tesergam gagah!! punyai bala tentera yang sangat ramai.. Tapi malang, diowang jatuh ditangan Pasukan Salib..


aku nk tunjuk kat korang pet baru aku.. nama binatang ni ocean monkey.. x tau la ni nama penuh dia atau nickname dia.. aku jumpa menatang ni pon masa menrayau2 kat pet's shop di Mines. sebagai penggemar binatang peliharaan, aku tertarik dgn penerangan akak yg jual bnd nih.. siap speaking english..sbg seorang penuntut IPT, aku cuba sedaya upaya nak memahamkan sedikit sebanyak penerangan akak tu.. yg saintifik2 sangat tu aku x paham lar..


ni la rupenye binatang tuh... mcm rasaksa an kalau besar.. haha


last2 aku try la beli bnd tu dgn harga RM18.00.. diberi pakej garam, akuarium kecik dan telur.
Disebabkan binatang ni x dijual dalam bentuk binatang, maka korang kena eramkan dulu telur dia. haha.. (bukan eram. tapi tetaskan)..


Ok, aku tunjukkan cara2 nak bela benda nih satu persatu..


1. Sediakan bekas utk meletakkan binatang tu.. x kisah besar atau kecik.. (bekas kat atas tu pekej dapat masa beli)


2. Sebagai binatang, dia pon makan gak. so makanan dia disediakan sekali dalam pekej tu.. bau makanan dia ni mcm udang kering.. busuk...


3. yg peket puti tu bukan "ice" okeyh. tu garam.. utk dilarutkan dengan air. sebab binatang ni hidup dalam air masin. dan yg dalam kapsul kecik tu adalah telur binatang ni..

Cara nak pasang semua benda ni:
1. Bancuh garam tu dengan air. hanya garam ni je leh guna. garam masakan x boleh yer.. 
2. Basuh bekas (akuarium) tu elok2 ngan air paip n keringkan lalu dimasukkan air masin tu..
3. Pastu biarkan selama 12 jam sebelum telur2 tu dimasukkan..

mesti ada yg blurrrr lagi pasal binatang ni an.. kalau sesapa yg x tau tu, korang tengok kat video ni. kalau x tau gak, google la yer..






NotaKaki : hanya boleh guna air yg ditapis atau air mineral je.. air paip elakkan.. untuk hasil seterusnya, tunggu la 12 jam.. nnt aku update lagi.. Ok babai..


Ok, hanset BUKAN HANYA DICIPTA UNTUK ANGKAT CALL SAHAJA.. ok, itu fakta..
9 sebab orang x angkat call :


-Busy (mybe ngah wat keje laen..)
-Silent (mybe dia x sngaja silent mood)
-Malas (mybe dia ngah mals nak layan orang)
-bengang (mybe dia ngah bengang ngan anda)
-Handset rosak (aku penah kene. hnset x boleh angkat call)
-Ada keje lain (mybe ngah meeting ke)
-X mo dikacau (mybe dia ngah brsama keluarga @ isteri tercinta)
-X kene masa (mybe korang call tu semberono jer)
-Call korang tu x penting (mybe dia dah tau korang call nak mngada2)


aku nak ulang lagi, hanset BUKAN HANYA DICIPTA UNTUK ANGKAT CALL SAHAJA.. tmpat msg ade.. so taip lar.. x payah nak call bnyak2 kali.. kalau 2 kali call x angkat, bagi je msg. mana la tau dia ngah ber"meeting" ker, ngah bersama ngan isteri tercinta ker, ngah makan malam ker, ngah berak ker, x kan itu nak ajar? haish...


NotaKaki : Ok, so pasni korang maklum la yer knp aku x angkat call korang.. cari2 la mana satu alasan yg bakal aku cakap. Sekian... ok babai


ADAKAH DENGAN MENUTUP LAMPU SELAMA SEJAM BOLEH MEMBERI KESAN BESAR PADA DUNIA? JAWAPANNYA TIDAK.. TETAPI INI SEBAGAI TANDA YANG KORANG2 ALERT DAN MASIH ADA PERASAAN TANGGUNGJAWAB KEPADA BUMI NI YANG SEMAKIN LAMA SEMAKIN PUNAH.
JADI, UNTUK MENUNJUKKAN SEMANGAT ANDA ITU, BUKAN SUSAH.. IKUT JE KEMPIN NI, SEJAM JER..BUKAN LAMA. KALAU NAK TAMBAH LAGI, AKU X KESAH.. INI SEBAGAI 1 BATU ASAS AGAR KITA LEBIH MEMENTINGKAN KEADAAN BUMI YANG KITA TINGGAL NI... SEKIAN..

Notakaki : Akiera dan rakan2 menyokong kempen ini... peace!!


Social Share!

Get Social Share 2.0!