Tadi aku sempat meluangkan masa ber"shopping" kuih raya di Pasar Malam sekitar kawasan rumah aku. Biasalah, ketika menjelang raya ni, makin ramai la makhluk2 Allah mengunjungi pasar-pasar untuk persiapan akhir raya. "preparation" perlu lengkap dari lauk-pauk, makanan sampingan, kuih-muih, perhiasan dalaman rumah, baju raya, perhiasan badan dan tidak ketinggalan kerongsang besar untuk diselit ditudung.

Begitu juga disini, pasar yang menjanjikan 1001 barang untuk digunapakai menjadi kunjungan ribuan orang ramai sama ada penduduk setempat, orang luar mahupun mereka yang baru sampai di kampung halaman. Maka akan bersesak-sesak la manusia-manusia didalam kawasan tersebut.

YA!! bersesak-sesak!!

Tapi masih ada segelintir manusia yang berperangai tak berapa nak semenggah dengan bersikap acuh tak acuh dengan situasi sekeliling yang Bersesak-sesak tersebut. Aku senaraikan beberapa perangai yang tak semenggah tu.




1. Jalan berlenggang-lenggang.
sepertimana umum tahu, kesesakan akan bertambah buruk sekiranya terdapat beberapa makhluk yang dengan sengaja cuba berperangai sedemikian. Dijadikan laluan sempit tersebut tempat untuk ber"cat walk" sambil berpimpinan tangan suami,isteri/pakwe,makwe. Sambil berbual dan tersenyum-senyum, kaki melangkah longlai sambil melenggang kangkung. Pooodaaaa!!

2. Terlalu mesra alam.
Mesra adalah sifat terpuji yang memang tidak dapat disangkal lagi. Namun perlu diingat, Kemesraan anda akan dipandang jelik dan sekaligus mendapat makian jika tersalah tempat. Pantang bersentuh bahu, maka terbukalah cerita. Baginya, pasar malam adalah tempat talian kasih kembali bertaut. Cerita 20 tahun dulu turut digoreng. Sempat lagi bergosip santai ditengah khalayak ramai. Langsung tak fikir insan-insan yang terseksa disebabkan kemesraan alam itu. Bayangkan kalau si Mesra Alam ni jumpa dengan 50 orang yang dikenali. maka akan ada 50 perhentian dan 50 gangguan lalu lintas.

3. Membawa anak kecil.
Ini adalah 1 kes yang kadang-kadang amat menyakitkan hati. Membawa anak kecil bukanlah satu masalah, tapi ia menjadi masalah jika si ibu atau bapa membawa anak mereka menaiki troli baby tu.. Pembaziran space berlaku. Orang lain pulak yang terpaksa berhati-hati dengan kehadiran anak kamu yang bakal melalui laluan tersebut. Apa salahnya si bapa mengendong bayi dan si ibu membeli belah. Tak cukup tangan, sila bawa sanak saudara yang lain. Atau tinggal je baby tu kat rumah. Kadang-kadang ade juga abang baby yang disorong dalam troli tu. pelik bebenor!!. Itu belum dikaitkan dengan situasi anak hilang lar, baby menangis lar~ anak tetiba wat hal melalak minta dibelikan barang~ ayoyoyo!  

4. Bergayut semasa berjalan.
Bergayut membawa erti menggunakan telifon sambil berjalan. Kemudian dia boleh pulak bergelak ketawa tanpa memandang orang sekeliling yang tunggu masa nak maki ramai-ramai. Nak bergayut, balik rumah lar, Pasar bukan diwujudkan untuk anda bergayut.

5. Pentingkan diri.
Ini spesis yang bahaya juga. Mementingkan diri tanpa berfikir orang lain. Mentang-mentang pakai coat tebal, kasut kulit, sesuka hati melulu laju langgar orang. Ingat dia lalu kawasan kucing ke? Menggelabah alam punya pasal, habis barang orang dilanggar. Aku geram tadi sebab kuih loyang aku hancur kene lutut jenahak yang lalu ikut suka hati je langgar orang. Nak maki, pikir orang tua. Haiisssh...

6. Memilih barang berjam-jam.
Ini selalunya terjadi kepada makcik-makcik yang terlalu memilih. Nak beli bawang pon diteliti satu-satu sampai 3-4 minit. kalau dalam 3 kilo ade 100++ bawang, mahu sejam ditelek bawang tu. tengok gitu-gitu sudah lah.. orang lain nak beli jugak. bukan penjual tu nak layan anda seorang. Kalau beli baju contohnya. diteliti satu-satu jahitan. lepas tu banyak pulak soalannya. Kalau dah beli kat pasar malam tu, jangan la beranggapan barang tu seperti di SOGO atau PAVI.

7. Park kereta ikut suka hati.
Habit buruk ni kene kikis segera. Perangai insan-insan yang suka ikut suka hati limpa hempedu dia jer park kereta. Orang lain ade kereta juga. Orang lain nak park juga. Orang lain ade perasaan nak cepat juga. Tapi ikut la flow. jangan bebalkan kepala ikut suka hati!!

8. Berbagai-bagai jenis "Kaki".
Dalam apa jua kesesakan, akan hadirlah beberapa kaki-kaki durjana mengambil kesempatan. Antaranya Kaki Raba, Kaki Curi dan Kaki Seluk Saku (pick pocket). Tak tahu nak cakap ape lagi dengan orang-orang macam ni. ikut dan dia je meraba orang. main sedap tangan je ramas-ramas. Hakkkpuuiihhh!!

Masing-masing kene lah fikir. Pasar tu untuk orang ramai. Orang kepasar untuk mencari barang. Usai cari barang, maka balik. Bukan tempat ber"dating", tempat bersenda tawa, atau tempat window shopping. Andai ketemu kenalan lama, bertegur sekadar salam dan tanya khabar sikit-sikit dah la. seterusnya hulurkan ayat "nanti jemputlah datang rumah". Kan mudah begitu.

NotaKaki : Tadi jumpa sorang makcik nih. gelang dia sampai kesiku. rantai penuh kat leher, rasenya nak tunduk pon tak mampu. cincin dia lip lap lip lap!! subang dah macam gelang tangan. Besar punya pasal. Tetiba akak aku bergosip "emas macam tu perompak pon pikir 500 kali nak curi. Emas palsu semata-mata. gadai pon tak laku".. Pas tu baru aku perasan, warna emas tu x macam emas yang selalu mak aku pakai.. Muahahahahahahaha!!!
(ade gak pompuan giler emas sampai maca tu sekali an~)


Social Share!

Get Social Share 2.0!