Andai kita berbicara soal perbandingan Minat, Ideologi dan Perkara Perseorangan, sudah tentu kita tidak akan menemui jalan sehala. semua akan jadi buntu dan boleh membawa kepada persengketaan jika tidak di handle dengan betul. Namun, bukan semua benda tiada jalan penyelesaian,

Pengundi A : "aku sokong parti Pink sebab dia memperjuangkan islam, sokong parti kau, masuk neraka.."
Pengundi B : "aku sokong parti Putih sebab x hipokrit mcm parti kau. cakap belit-belit. calon neraka jugak.."


Makwe : "awak ni pesal? asyik bola, bola, bola.. pergi la couple ngan pemain bola tuh..."
Pakwe : "awak ni nape? asyik shopping jer.. pergi la couple ngan cashier kaunter tu..."


student A : "aku suka subjek Math. sebab menguji minda. x macam sejarah, mengantuk."
Student B : "aku suka sejarah, sebab bermain dgn fakta. x macam math, kusut mengira."


Roommate 1 : "kenapa ko suka layan korea? mesti ko bajet korea an.."
Roommate 2 : "so, ade aku habiskan duit mak ayah ko ke utk aku layan minat ni?"

Ok, diatas adalah 4 contoh berkaitan ideologi, minat dan perkara perseorangan. Isu yang aku nampak adalah sebelah pihak yang tak berpuas hati ngan pihak yang sebelah lagi. 
Atau pihak A membanding bandingkan sesuatu dengan pihak B. maka, akan berlaku perselisihan. Namun, setiap benda pasti ada 1 titik pertemuan... 

Kalau isu Parti, tak usah la nak melebih-lebih taksubnya. andai betul kita sokong, kalau salah, kita tegah. Jangan terus menerus memaki, menghamun dengan menyalahkan mana-mana parti kononnya mereka sesat, ahli neraka, nyanyok atau macam-macam lagi. kalau dah ungkapan pun x seberapa semenggah, macam mana ideologi politik nak OK. Kalau parti A buat majlis, Parti B tak sertai. kalau Parti B buat majlis, parti A boikot. Walhal, majlis-majlis tersebut bukanlah benda salah. Disitu nanti akan ada muka-muka hipokrit dan pencari publisiti murah. Yes! Mencapap!!

Kalau isu minat antara dua gander, jangan jadikan ia isu keretakan. Pakwe minat bola, si makwe xminat, tapi dia minat habiskan duit pakwe ngan ber"shopping". Caranya mudah. saling paham la yer.. Si pakwe ni, kalau makwe anda ajak pergi "shopping", jangan lah cepat SAY NO!, kalau agak-agak free, ikut jer walaupun aku tahu ia membosankan dan boring kalau membeli belah ngan perempuan ni. Untuk si makwe pulak, kalau tak minat sekalipun, janganlah kondemkan minat si pakwe tu. cukuplah korang ambik port dgn bg msg tny "mlm ni team ape lawan team ape?" "you tengok bola kat mana?" atau lepas je perlawanan, korang msg la tanya "team awak macam mana tadi, menang atau kalah?" sekiranya menang, ucaplah tahniah! kalau kalah, jgn banyak tanya. bagi kata-kata semangat sikit. So, anda tak perlu nak libatkan diri dalam meminati bola kan..

Untuk isu minat (kelebihan seseorang), memang tak boleh diubah. Otak kau memang terror math dan otak dia memang pick up menghafal Quran. so kau tak boleh nak ubah dan memusingkan minat orang untuk sama menjadi terror macam anda....

Last issue, about minat (peribadi) Aku minat Kak CT Nurhaliza (datuk siti) dan dia minat M.Daud Kilau (datuk M.Daud kilau). kau boleh ubah minat kau bila-bila masa sahaja. tapi ko tak boleh persoalkan minat orang lain. kau tak boleh mengetepikan minat orang. Setiap insan ada minat dan kegilaan masing-masing. Kau tak boleh judge peminat motor-motor berkuasa besar sebagai "membazir duit, better beli kereta". Kau tak boleh judge orang yang minat korea dengan mengatakan "sengal, bajet korea, sampai nyanyi, baju n cara personaliti pon dan macam korea".
Sebab apa?? Sebab orang-orang tersebut tak minta duit pon kat mak ayah korang nak beli atau nak dapatkan benda-benda yang dia suka.

NotaKaki : Kalau minat dia dah berlanggar dgn syara' maka 1 kewajipan kita persoalkan dan kita tegah. TQ


Semua manusia didunia ni berhubung dengan cara berkomunikasi. sama ada secara lisan mahupun secara body contact atau bahasa isyarat.. Sivik adalah benda penting dalam kita berhubung sesama manusia. 

Hari ini, aku nak berkongsi dua benda penting ketika bercakap dengan sesiapa jua.. 

1. Gunakan intonasi yang sesuai.
Intonasi ketika berbicara amatlah perlu dititikberatkan. Si pendengar akan memahami isyarat mengikut intonasi si pemberitahu. Maka, jika dalam penulisan juga, akan wujudlah beberapa simbol yang menunjukkan intonasi si pengirim.. cth :
 - "eh, makan lar!!!"
 - "eh, makan lar~" 

Agak-agak ada beza tak antara 2 ayat diatas??

Ayat tersebut dibaca dengan nada keras dan nada lembut... ayat yang menggunakan ayat lembut, tetapi dituturkan dengan nada yang keras, maka akan jadi keras... ayat yang keras, jika dituturkan dengan nada yang lembut, akan jadi perlian.. 

2. Gaya percakapan.
gaya percakapan adalah mengikut kepandaian pengolahan si penutur kata. Antara contoh gaya percakapan yg ingin dibandingkan adalah seperti:
 - "dia pandai, tapi cacat"
 -" dia cacat, tapi pandai"  

Apa agaknya beza ayat diatas??

ayat diatas memasukkan 2 unsur, iaitu pujian dan kutukan atau kelebihan dan kekurangan. sebaiknya, kita ucapkan dulu kekurangan dan kita tinggikan dengan pujian.. cth : "budak tu belajar tak pandai2, tapi mengaji pandai, agama hebat..." jangan sama sekali kita memulakan dengan pujian kemudian diikuti kutukan. cth : "budak tu mengaji pandai, agama hebat, tapi belajar tak pandai2" Ade beza kan....

So, kita mula lar menuturkan kata dengan hemat dan bertatatertib. Melayu mementingkan adat dan agama memandang penting adab.. Sekian....  

NotaKaki : Bercakap biar pandai berlapik. jangan nak main sembur jer~~ 


Social Share!

Get Social Share 2.0!