Salam sejahtera, salam keamanan dan salam 1 Malaysia. Haha.. Ok, sebelum tu, aku rasa masih belum terlalu lambat (padahal dah lewat giler) nak ucap TQ buat penghuni Taman Angsamas Seremban N.9 atas sambutan dan penerimaan kami sebagai anak angkat SISKOM 2 17 Disember lalu. Ianya membuatkan adrenalin dan keterujaan kami meningkat 101%. Juga buat sahabat2 dari 12 IPT yang terlibat sama. Taraaaa… hahaha

Ok, kembali kepada tajuk utama. Tahap maksima pada level tertinggi ‘sensitiviti’. Aku rumuskan, entri kali ini lebih kepada sikap melatah dah terlalu obsess sedangkan keutamaan asal dilupakan. (belum apa-apa dah buat rumusan..)

Aku rujuk isu ini pada sekeping gambar yang mengejutkan beberapa pihak dan hasilnya, sipulan didalam gambar tersebut dikritik dan dimaki hebat. (Actually, aku pun sangat tak suka pic tu.)



Tak cukup dengan itu, pelbagai penghinaan muncul dalam laman social Facebook. Macam-macam benda mengarut dilakukan semata-mata nak menghina sesuatu agama.

Tapi, pada hemat aku, sebagai seorang yang rasional, gambar tu tak bagi apa-apa kesan seandainya umat islam dalam dunia khususnya Negara ini BERSATU PADU. Ianya langsung tidak akan menimbulkan sebarang kecacatan langsung.

Aku nak korang semua cuba melihat dari aspek kacamata aku. Kita lihat remaja muda zaman sekarang, dari kroni mat rempit hingga kroni mat dadah, menyelusur pula kroni mat lepak hinggalah si kaki clubbing dan lain-lain kroni yang tak disebut. Mereka hidup dalam alam mereka tanpa pedulikan isu berkaitan AJAKAN KEARAH AGAMA. Namun, seandainya ada pihak cuba bermain api dengan menghina dan memaki sesebuah agama (xpecially islam), kroni2 ni lah yang bergegas dan bersuara lantang dalam laman-laman sesawang as facebook, sms, email, berceloteh di meja kopi dan lain-lain.

Kadang-kadang, kalau bab agama dicuit, yang mat-mat rock, kaki copet, penghisap dadah ni lah yg segera menyarung jubah dan melilit serban memegang poster sepanduk dan berteriak inginkan pembelaan sewajarnya atas penghinaan itu.
Ya, aku puji sikap itu.

Tapi, kita lihat pula sikap kita sebelum masalah ini berlaku. Dimana kita sebelum ini? Ketika orang-orang agama sibuk berhempas pulas menyebarkan dakwah, apa kita lakukan? 

Kita lihat dalam diri kita, sejauh mana pendirian kita terhadap agama. Kalau si pelaku (refer pada gambar 2) menghina islam, dia bukan beragama islam. Dia Non-Muslim. Tapi anda, sebagai orang islam, yang bersedap-sedap dengan khayalan alunan muzik, yang bersedap-sedap dengan wanita-wanita/lelaki-lelaki jalang menyedapkan nafsu, yang bersedap-sedap menghirup najis dadah, yang bersedap-sedap melakukan kemungkaran, anda lah yang sebenarnya melakukan penghinaan sebenar. Kerana anda TAHU, anda ada IKTIKAD dan anda dah bergelar seorang MUSLIM.

Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

Notakaki : walaubagaimanapun, aku terharu melihat warga islam masih sensitive dengan agamanya..



Perasan tak, di Malaysia sahaja, lebih dari 3 pertubuhan yang ditubuhkan sama ada berdaftar atau tidak berdaftar yang katanya ditubuhkan kerana Islam. Biasa dilihat pertubuhan seperti ABIM, PERKIM, PEKIDA dan lain-lain diiktiraf dan didaftarkan sebagai pertubuhan yang menjaga kepentingan sesebuah agama dan bangsa. Itu belum pertubuhan-pertubuhan sokongan dan NGO lain.
Sejak baru-baru ini, aku terfikir akan perkara ini. Dalam islam sahaja, pelbagai mazhab wujud. Sama ada ianya dijalan yang benar atau sesat. Contoh besar yang boleh difahami adalah kewujudan ahli S.W.J, syiah, zahiriah dan khawarij.
Kewujudan puak atau pertubuhan adalah untuk mencapai cita-cita dan dalam masa yang sama menyangkal sesebuah puak atau pertubuhan lain. Contohnya macam ni. Kewujudan Parti UMNO yang dahulunya memonopoli dunia politik ditanah melayu disangkal dan dibangkang dengan mewujudkan parti politik lain sebagai pembangkang. Mengapa hal ini berlaku? Ini kerana, ada beberapa pihak melihat didalam UMNO itu sendiri tidak beberapa lengkap dan tidak menepati kehendaknya. Maka parti lain ditubuhkan untuk memperjuangkan misi dan visi parti itu. Mungkin visi mereka lebih kepasa islam atau kepada kebajikan.
Kembali kepada perenggan pertama kita, kewujudan pelbagai pertubuhan yang katanya membela nasib penganut agama Islam dan Melayu itu sendiri. Jika difikirkan, mengapa berlaku lambakan seperti ini. Jika benar ingin menjaga kebajikan, keselamatan dan aqidah islam/melayu, mengapa tidak bernaung sahaja dibawah satu lembayung?
Perumpamaan lain yang mungkin boleh difahami adalah dengan kewujudan tentera dan polis. Sedangkan kedua-duanya memikul amanah yang hampir sama dan satu mandat iaitu menjaga ketenteraman Negara. Namun disebabkan perbezaan kawasan dan beberapa hal dalam tugasan, misi dan visi, kedua-duanya tidak boleh disatukan, namun boleh bekerjasama. Point disini adalah “tiada persamaan”. Namun, bagaimana jika sesuatu pertubuhan itu “ada persamaan” antara mereka namun tidak digabungkan menjadi 1?
Mungkin masing-masing mempunyai fahaman masing-masing. Tak dikecualikan juga, mungkin ada misi tersendiri dan perasaan ingin kuasa. Tak hairanlah jika ada khabar menyatakan berlaku salahguna kuasa, penyelewengan kuasa, perpecahan kumpulan,pergaduhan pengikut dan kadang-kadang melanggar undang-undang Negara. Dan tidak hairan juga sekiranya pertubuhan yang kononnya bersandar pada “title” islam sendiri, pengikutnya langsung tidak mencerminkan attitude sebagai seorang islam. Langsung Tidak. Tidak hairan juga pertubuhan yang katanya membela nasib agama dan bangsa ini sendiri adalah duri dalam daging yang merosakkan agama bangsa dan Negara..
Bagi aku, tak perlu nak serabutkan alam dengan pelbagai kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan satu hak. Cukuplah bergabung dan kuatkan satu kumpulan sahaja. Lagi bagus, perjuangkanlah agama seperti mana pejuang dahulu memperjuangkan agama. Bukan sekadar berselindung dibawah nama pertubuhan yang kononnya mencerminkan Islam. Jika kita ingin menawarkan diri tergolong dalam kelompok pejuang islam, lihat diri kita dahulu. Layakkah?
Andai kita rasa layak, berusahalah diri agar berubah sekiranya kita sudah didalam saf perjuanagan. Bukannya sekadar topeng yang menggunakan nama pertubuhan untuk tujuan yang bukan-bukan atau untuk tujuan mungkar.
Sama-sama kita fikir, sama-sama kita renungkan….

Tak tahulah sama ada anda faham atau tidak dengan entri aku kali ini. Kalau tak difahami, nanti lain kali aku cuba sampaikan dengan cara yang mungkin boleh memehamkan setiap orang yang membaca.. Sekian..

Notakaki : lama tak update blog nih...


Social Share!

Get Social Share 2.0!