Ok, sejujurnya, aku dahulu ketika dizaman sekolah rendah adalah seorang peserta syarahan dan bercerita, naik sekolah menengah, aku melebarkan sayap dengan menceburi bidang perbahasan, debat dan pidato. Tapi itu tak memastikan aku begitu paham dengan bahasa walaupun semua pertandingan tersebut dalam Bahasa Melayu.

Sehingga hari dan saat ini, aku masih kabur dengan beberapa kata pepatah yang kadang-kadang aku pun  tak beberapa faham dengan apa yang nak disampaikannya.

Sehingga aku berfikir, kenapa? kenapa? Kenapa? dan membawa kepada satu kesimpulan diri sendiri iaitu "TAK LOGIK"

Aku listkan tiga kata pepatah untuk entri kali ini :

1. Biar mati anak jangan mati adat.

Ok, pepatah ni memang mahsyur dalam kalangan pembela-pembela adat di Malaysia. Bagi mereka, lebih rela mati anak dari mati adat (kononnya la)

Hakikatnya : Nyawa dan adat tu adalah dua benda berbeza. Beza dari istilah, darjat dan keutamaan. dan kedua, sila rujuk gambar yang aku pun tak tahu sama ada korang faham ke tak...


Aku tak de bakat dalam bab-bab melukis.. Buruk sungguh~

 Ok, faham tak lukisan buruk diatas?? kalau tak faham sila buat-buat faham. Lepas ni aku akan belajar cara melukis lagi lawa. har har har~

2. Hujan emas di negara orang, Hujan batu di negara sendiri


Pepatah ni pulak memang sinonim dengan mereka-mereka yang duduk diperantauan. Kononnya rindukan tanah air maka akan terkeluarlah ayat tu.

Hakikatnya : Mungkin pepatah ni dicipta zaman dahulu kala. Zaman purba ketika manusia masih belum mengenali logam dan fungsinya. Sebabnya~


Agak-agak korang dapat beza tak?

Ya, agak-agak korang dapat beza tak sama ada emas dan batu. Mana yang bernilai, mana yang mahal, mana yang paling berharga? Kalau orang tu kata Batu lebih bernilai dari Emas, aku No Komen lah.. so, kembali pada pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri relevan tak? Patut la student2 dan Penduduk Malaysia yang bekerja/belajar di luar negara tak mau balik tanah air dah. Sebab diowang tak mau hujan Batu. Dari dapat batu, lebih baik kutip emas. Ye dok??

3. Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah.

Aku rasa ini pepatah arab. kalau dalam bahasa arab dia "ilmu bilamalin kassyajarotin billasamarin". Dalam erti kata lain, ia bermakna ilmu yang tidak dimanfaatkan umpama pokok yang tak berbuah, yang tiada hasil. Aku rasa pepatah ni dari negara arab dan tak beberapa sesuai digunakan dalam negara Malaysia ini.

Hakikatnya : Aku rasa pencetus pepatah ni dari negara arab, maka situasi disana adalah padang pasir, pokok yang memejoriti adalah pokok kurma.

Di Malaysia ni, ada macam-macam pokok, even dia tak berbuah, ia masih boleh dimanfaatkan. Batang pokok boleh buat perabot, paling cikai pun, kutip-kutip buat kayu api. Daun boleh buat pembungkus, ketupat ke, tapai ke, nasi lemak ke. Kalau yang jenis palma ada nira, so boleh colloect Air nira, banyak sebenarnya kegunaan pokok ni. Walaupun asalnya pokok tu sepatutnya berbuah tapi disebabkan tersalah jagaan, maka ia tidak berbuah, ia tetap ada gunaya. Ia menghasilkan oxygen untuk kita bernafas. So, pokok yang tak berbuah masih ada gunanya. Kalau pokok Kurma mungkin la kot, kalau tak berbuah, nak guna buat apa lagi? oh, boleh bagi unta makan. hehehe..

Aku tak la sampai kata yang pepatah-pepatah diatas "salah". Mungkin ada benda yang masih aku belum faham dari mana ia diambil, untuk apa digunakan dan kepada siapa ia ditujukan.

NotaKaki : Sepandai-pandai beruk bergayut, akhirnya jatuh ketanah juga (tetiba....hahahahaha)


Social Share!

Get Social Share 2.0!