Salam semua.. Salam Ramadha yang ke 9. Syukur sebab dapat merasai nikmat kehidupan hingga tika ini.. Sebelum ini, aku pernah menulis tentang penyakit yang terpaksa aku lalui.. boleh tengok kat sini <klik sini>.

Antara simptom sakit tu haruslah nak kencing terasa memang sangat tersangat sakit.. Kalau ade orang panggil time tu pun korang dah tak heran. Sakit punya pasal~ GIGIH!!

(Itu cerita beberapa bulan yang lepas...)

Kini, sakit tu sepertinya kembali semula menjangkitiku (berterabur bahasa aku guna). Sepertinya juga siptom2 yang pernah aku rasai dulu kini kembali menyerang... Antaranya :

1. Sakit yang Maha Teramat Sangat!!
2. Ada darah (banyak)
3. Kuantiti urin yang sikit dan KERAP nak ketandas!!

Makanya, ia amat menyukarkan aku kalau nak berterawih sebab akan selalu ke tandas, tandas dan tandas..Pada hemat aku, ni mungkin sakit lama. maka dengan gigih, aku selongkar semula bekas ubat untuk cari cecair yang pernah Cik Doktor bagi dulu... Pada hemat aku, semua akan hilang lepas aku telan ubat2 tu. Tapi tak.. Sakit makin menjadi2..

Jumaat lepas aku balik ke Pahang.. Ape lagi, segala macam benda aku adukan kat mak aku. Dengan segera, mak aku bawa aku ke hospital. Kali ni hospital swasta yer..

Masa dalam bilik dokter tu, aku dah rasa lain macam. dah la sejuk!! aku tengok dokter tu sangat berdidikasi yer.. tak banyak bicara terus straight to the point..

D : ye, ada apa yang perlu saya rawat?
A : saya ada masalah masa nak buang air kecil. sangat sakit..
D : sebelum ni pernah terima rawatan?
A : dah, klinik kerajaan. dia bg ubat minum n pil2 yang warna warni..
D : ok, ambik botol ni, n adik pergi tandas sebelah belakang, nanti kalau dah siap, antar kat nurse bahagian makmal. Cara nak nak ambik sample, adik kencing dulu sikit, kemudian kencing yang pertengahan tu baru adik tadah.. saya tak nak air kencing yang mula2..

Aku gigih ketandas untuk menyumbangkan sedikit air kencing kedalam botol comel tu.. Dalam masa tu, sangatlah gigih okeyhh nak keluarkan air kencing. Memang rase macam nak cabut n celup dalam ais!! Hasilnya, haaaaaa... air kencing yang dah tak rupa air kencing.. keruh dan ada cecair merah iaitu DARAH yang banyak!

15 minit berlalu.. aku still menunggu.. sambil melihat sebalang gula2 sugus atas meja dokter tu.. menunggu keputusan yang amat dan sangat mendebarkan.. Sekali doktor tu datang, dia pegang report paper ujian urin aku tadi..

D : ok dik, makcik, saya rasa penyakit ni serius.. saya syak,anda dijangkiti kanser ureter..
A :
D : Saya akan rujuk hal ni pada pakar Urologi.. Sebab kalau betul dijangkiti kanser, ia perlu dibuang segera kerana saya rasa ia masih ditahap rendah.

Time tu aku dah mengelamun sangat dan teramat jauh.. apa yang doktor cakap aku dengar sepintas lalu jer. Aku biarkan mak aku yang tekun mendengar.. kelenjar prostat lar~ buah pinggang lar~  intravena lar~ ape lar~ IVU, CT Scan, macam2 benda yang aku tak faham. Langsung Tak ambik endah.

Kemudian, aku terus melangkah keluar dari bilik doktor dengan kad temujanji diberikan.. Pakar Urologi.. Hospital Pakar Damansara...

NotaKaki : tak dibayangkan..tak sangka~


Salam hormat semua.. Hari ni 11 Julai 2012. Tq buat mereka-mereka yang ucapkan selamat hari jadi semalam kat FB juga di handphone dan ketika berjumpa di pasar malam.. Dah 22 tahun aku hidup dimuka bumi ini.. Alhamdulillah..

Lama sungguh tak berkesempatan nak menaip entri. Kalau ikut kiraan, dah 106 hari aku tak sentuh atau bukak langsung blog ni. Ada orang cakap, dia nampak aku selalu meng"update" blog. Kalau blog ni dia tujukan, memang tak la. Sebab sekarang aku memang malas nak perah otak untuk menaip walhal banyak benda nak ditulis.

Ok, abaikan hal-hal tersebut. kembali pada tajuk. Perasan atau tak, tinggal tak sampai dua minggu kita nak berpuasa. Ramadhan kembali lagi. Adakah kita sempat nak meraikan ramadhan kali ini? Insyaallah.. Itu je yang mampu aku jawab. Mana yang belum berganti puasa tu, cepat-cepatlah topup. Mana yang belum bersedia tu, lekaslah sediakan apa yang patut untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini..

Doa aku agar aku, anda dan mereka sempat dan dapat menghabiskan bulan puasa tahun ini. amin~

NotaKaki : Cuba mengubah kepada Strept Akiera yang lebih baik.. caakkkkk!!


Social Share!

Get Social Share 2.0!