Assalamualaikum...
Ok, sekarang adalah mood untuk berbicara bab agama.. Aku tertarik utk bercerita bab zihar, ni pon terpikir masa malam tadi masa tengah tengok MU vs Barca.. bertekak gak kami pasal Zihar ni.. Ok, aku nak share ngan korang sikit ilmu ea...


Aku terangkan dengan kata yang paling simple utk semua faham...


"Zihar" adalah dr bahasa arab. Pengertian bahasanya ialah "belakang" dan pengertian secara syara' plak membawa erti suami yg menyamai isterinya dgn wanita yg HARAM dikahwininya..


Ayat2 yang selalu org guna masa zihar seperti, "yang, perut awak sama la dgn perut mak saya.." atau "darling, belakang awak macam belakang mak sayer jer..." atau " Minah, apasal peha awak macam mak saya? sebijik!!"


Ok, tu adalah ayat2 atau dialog2 zihar.. Hukumnya adalah HARAM! dan HARAM hukumnya dia bersetubuh dgn isterinya... selagi dia x membayar/melakukan hukuman2 kat bawah ni...


Hukuman yang perlu dilakukan oleh suami ialah 


1. Memerdeka kan 10 orang hamba..
kalau x mampu.....


2. Puasa 2 bulan berturut2 tanpa berselang sehari pun
kalau x mampu gak.....


3. Sedekah secupak kpd orang2 miskin 
kalau x mampu gak.....


4. Korang hantuk kepala kat dinding kuat2...
(yang ni tipu jer ea)


Sebagai suami, dilarang menyamakan anggota badan isteri anda yang diharamkan bukan mahram melihatnya dengan orang2 yg haram anda kahwini. contohnya, seorang suami menyamakan pinggul isterinya dengan anak perempuanya atau dengan akaknya atau dengan emaknya atau dengan neneknya atau dengan makciknya dll..


Kalau korang pernah buat, sila la g pejabat agama dan sila sahkan lafaz korang tu.. makne nyer, pergi pejabat agama dan mintak nasihat mereka sama ada jatuh atau x zihar tu... ditakuti, apabila anda dah menziharkan isteri anda dan anda buat dono~ jer, silap2 nanti, dapat dosa berzina dgn isteri... nauzubillah~


sumber : http://www.unitagamakmb.com / Utusan Malaysia
            
NotaKaki : sebagai seorang suami, setiap apa yang dilafazkan tu amatlah perlu dititikberatkan. jangan maen cakap jer...



(Natrah a.k.a Bertha Hertogh)

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie dan adiknya Benny dan Karel..

Praktikal aku tinggal lagi seminggu 3 hari.. tadi memang busy tahap gaban. kes cerai berbelas2, hadanah pon ade, harta sepencarian dan kes2 fasakh. masa lepak2 tadi, aku sempat berdiskusi dengan staf2 kat sini pasal kes Natrah. itu pon selepas aku melihat dalam internet pasal kes ni. rupanya kes ni pernan menjadi ISU PANAS satu ketika dahulu. Mungkin ada yang x tahu. dan mungkin ada yang tahu tapi malas nak ambik tahu. Strept mula2 tahu dulu pon masa tengok Majalah 3 kat TV3.. hihi Rupanya baru Strept tahu yang Isu Kes natrah ni merupakan satu Isu yang besar dan pernah dibentangkan sebagai kertas kerja dalam seminar2 undang2..



Kes Natrah bermula masa zaman penjajahan British kat Malaysia (dulu Tanah Melayu).
Berketurunan Belanda. Mak ayah dia kristian. Bapa dia ditangkap oleh tentera jepun. pastu Natr
ah diserahkan kat saorang wanita bernama Che Aminah. Masa tu Che Aminah bekerja kat Indonesia.

Kemudian dia berpindah ke Terengganu membawa Natrah. Masa zaman kejatuhan Jepun (waktu Hiroshima di Bom) bapa Natrah di bebaskan dan dia pula ingin mencari Natrah. Apabila dia dapat tahu Natrah berada di Malaysia (Tanah Melayu), dia nak semula hak penjagaan anak dia tu.


Atas muslihat jahat Sarjan Hertogh, Natrah dibawa ke Singapore dan dibicara kat sana. Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Singapura dan Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York
Hill,Singapura..

Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co dan kes tu menang.
peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

disebabkan takut peristiwa berulang kembali, Che Aminah kahwinkan Natrah dgn Mansor
Adabi. Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak.

Mahkamah x menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

Pastu Hakim jatuhkan yg Natrah mesti ikut bapanya dan kembali ke Belanda. Waktu tu, timbul la tragedi rusuhan membantah keputusan hakim di Singapura dan Tanah Melayu. Untuk pengetahuan korang, kisah sedih Natrah tidak berakhir di situ, sejak dihantar pulang ke Belanda, dia
menempuh pelbagai dugaan demi dugaan dalam hidupnya.

Pernah Natrah dihadapkan kemahkamah kerana tuduhan cuba membunuh suaminya.




(komen)
Melihat kepada konflik undang-undang yang berlaku dalam kes Natrah ini, kita dapat menyaksikan bagaimana perjuangan memartabatkan Undang-undang Islam yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim (juga merupakan peguam dalam kes tersebut).
“We should be confident of the superiority of Islamic Law because its basis comes from revelation from Allah Who is Wise and All Embracing in His Knowledge. As student and practicioners in the law we have seen how many principles of English Law, especially in the family law, have been amended so that they have nearer to those of Islamic Law”*

ia turut menyingkap kepada sejarah kebangkitan sebuah bangsa, cadangan tindakan jawatankuasa persidangan, konflik undang-undang kes perbicaraan Natrah dan juga perjuangan memartabatkan undang-undang Islam.

(Ustaz Aku Cakap)
kesilapan muncul apabila Che Aminah membawa Natrah ke singapura. ketika itu, Undang2 Singapura menggunakan 100% Inggeris. dan undang2 disana akan menggunakan undang2 mana2 orang yang terlibat sekiranya mereka x bermustautin di Singapura. mksudnya, jika pesalah org indonesia, mereka akan diadili ikut undang2 indonesia.

Natrah sangat kecewa dengan arahan mahkamah dan dia diasingkan dari khalayak ramai. wartawan yg berjumpa dgn beliau amat bersedih selepas melihat keadaan Natrah yg menderita dan dia mempersoalkan kenapa Che Aminah dan Suaminya x datang menyelamatkannya. (padahal ketika itu Che Aminah dan suaminya dihalang dari melawat beliau)

Ketika tu Rusuhan dan tunjuk perasaan amat menjadi-jadi. semua membantah Natrah convert agama. disebabkan tragedi tu, Natrah berasa serba salah akan tragedi tu. lebih2 lagi, rusuhan itu menyebabkan banyak nyawa melayang. disebabkan keadaan terdesak, Natrah mengishtiharkan keluar agama..
Orang ramai mula menyalahkan pendirian Natrah.. Sedih..~

Natrah meninggal pada 9 Julai 2009. umur 72 tahun.

NotaKaki : bagi aku, Natrah x bersalah, mungkin dia serba salah dan x mahu orang berbalah disebabkan dia. isu keluar agama atau x, adalah urusan ALLAH.. mungkin dia TERPAKSA untuk keluar tapi hatinya masih pada Islam. Hanya Allah yg boleh Judge..

Rujukan :


esok pembentangan subjek Hadis ahkam.. perh... group aku yg first. kabut2.. satu, satu masalah timbul disaat2 akhir.. hahahaha....
Angkara kumbang laut yg terbang bertebaran. huahua..
setelah semua setel, (nota2, hand out, slide show)
tetiba muncul masalah yg Maha rumit..... aku kene terjemah perkataan2 arab ke bahasa ibundaku.
lalu tgn ku laju menaip "google translate"
tapi...........
apa yg aku dpt ialah Terjemahan yg kabut lagi mengkabutkan..
sape paham tolong bg tau...
dah pecah otak ni..

في حديث النواس بن سمعان : أن حدود الله يراد بها تارة جنس العقوبة وإن لم تكن مقدرة. فقوله رسول الله: لا يضرب فوق عشرة أسواط إلا في حد من حدود الله يريد به الجناية التي هي حق الله
قال الإمام الشافعي
حدث الربيع قال: أخبرنا الشافعي قال: أخبرنا مالك عن يحيى ابن سعيد عن النعمان بن مرة أن رسول الله قال: ما تقولون في الشرب والسارق والزاني؟ ((وذلك قبل أن تنزل الحدود)) فقولوا: الله ورسوله أعلم. فقال رسول الله: هن فواحش وفيهن عقوبات. وأسوأ السرقة الذي يسرق صلاته ثم ساق الحديث.
فكان هذا أول العقوبة للزانيين في الدنيا ثم نسخ هذا عن الزناة كلهم الحر والعبد والبكر والثيب. فحد الله البكرين الحرين المسلمين فقال: ((الزنية والزاني فاجلدوا كل واحد منهما مائة جلدة))
قال الإمام الشافعي (الحد حق من حقوق الله تعالى )
الحد حدان: حد الله تبارك وتعالى، لما أراد من تنكيل من غشيه عنه وما أراد من تطهيرة به أو غير ذلك مما هو أعلم به. وليس للآدميين في هذا حق (( وهو ما يعبر عنه الفقهاء بقولهم حق العبد )).
قال البعض منهم الحنيفة: لم يسقط الحد بعفوه لأن المغلب في حد القذف عندهم حق الله وما فيه ن حق العبد فهو في حكم التبع.
وقال البعض منهم ابو يوسف والشافعي: يسقط الحد بعفوه لأن المغلب في الحد المذكور حق العبد
أما في القتل والجراح فرضى العبد معتبر، وإسقاطه نافذ، وذلك لأن حقه فيه القتل والجراح فرضى العبد معتبر، وإسقاطه نافذ، وذلك لأن حقه فيه غالب ويتمثل حق الله في هذا الأمر في أنه لو عفا ولي الدم عن الجاني فلا يسقط حق السلطة العامة فيعزر بالجلد مائة جلدة والسجن عاما.
وعلى القاتل عمدا البالغ إذا لم يقتل لعفو، جلد مائة وحبس سنة. واختلف في المقدم منهما فقيل الجلد وقيل الحبس، ولم يشطروها بالرق لأنها عقوبة والرق والحر فيها سواء. والجرح عمدا يؤدب وإن اقتص منه أو أخذت منه الدية في المتالف


Terjemahan

Dalam sebuah wawancara dengan pendulum Ben Simon: bahawa batas-batas hukuman yang dimaksudkan Allah, walaupun kadang-kadang seks tidak dijangka. Kata-kata Rasulullah: Jangan pukul lebih dari sepuluh pukulan hanya dalam batas-batas Allah menginginkan sesuatu kejahatan yang tepat bagi Allah
Acara Spring berkata: Beritahu kami Syafi'i berkata: Beritahu kami tentang pemilik bin Yahya bin Said dari masa Naman bahawa Rasulullah berkata: "Apa yang anda katakan tentang minum dan pencuri dan pezina? ((Dan sebelum itu sempadan bawah)), berkata: Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui. Rasulullah: mereka melakukan tindakan tidak bermoral dan perbuatan adalah hukuman. Pencurian terburuk yang mencuri dan doa maka cara moden.
Ini adalah hukuman pertama untuk orang berzinah di dunia ini, lalu copy ini untuk semua orang berzinah, hamba dan tidak perawan dan Thiebaud. Allah, menyekat Bakrin Aharin Muslim, dia berkata: ((Alzenip dan pezina Beri masing-masing dari mereka seratus cambukan))

Imam al-Syafi'i (pengurangan hak Allah)
Haddan limit: Batasan Allah, Yang Mahakuasa, karena ia ingin dari penganiayaan dari trans dan ia ingin membersihkan atau hal-hal lain yang saya kenal dia. Dan bukan untuk manusia dalam hak ini ((yang dinyatakan ulama mengatakan orang yang tepat)).
Beberapa kata minoriti asing yang berada: aku tidak jatuh pengurangan memaafkan kerana Amolb pada akhirnya mereka mempunyai hak untuk fitnah Allah dan di mana n adalah orang yang tepat dalam tata kelola tembakau.
Beberapa dari mereka, "kata Abu Yusuf dan al: Down mengurangkan Amolb memaafkan kerana dalam menyekat hak seseorang
Pembunuhan dan ahli bedah pendapat orang hipotetis, dan drop yang berlaku, kerana kanannya adalah pembunuhan dan ahli bedah pendapat orang hipotetis, dan drop yang berlaku, kerana hak untuk pemenang dan adalah hak Allah di dalam bahawa jika diampuni si penebus darah untuk pelaku tidak jatuh di sebelah kanan kuasa awam perlu dihukum Kulit bulu seratus tahun penjara.
Dan pembunuh jika tidak sengaja membunuh sebuah pengampunan, seratus bulu dan penjara satu tahun. Laporan berbeza dalam kulit mereka dan diberitahu tahanan, tidak Ictroha Perhambaan sebagai hukuman, perhambaan dan freewheeling baik. Dan melukai dengan maksud dan yang Reprise disiplin dia atau orang tuanya membawanya dalam Harmonize

NotaKaki : bengkak otak aku pikir bnd nih..huh.. takut plak dilebel ajaran baru. haha


Social Share!

Get Social Share 2.0!